SHAH ALAM – Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II, Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah mungkin akan ‘pengsan’ sekiranya disoal balas kerana
tindakannya yang tidak profesional menghina pasukan pembelaan dan
mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Muhammad Shafee sanggup berkongsi butiran perlakuan lucah dalam kes Anwar kepada umum namun sesetengah maklumat itu tidak terkandung dalam transkrip mahkamah.
“Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain namun ketika giliran tindakannya diadili, beliau memilih untuk pada saat akhir mendapatkan injunksi interim mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya.
“Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang di penjara namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Muhammad Shafee pada Jumaat berjaya menghalang Majlis Peguam Malaysia daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Anwar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu, semalam.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.
Sebelum ini, Muhammad Shafee turut serta dalam siri jelajah penjelasan kes liwat II membabitkan Anwar anjuran Pemuda Umno adalah untuk menangkis persepsi Umno sebagai dalang konspirasi kes itu.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata tindakan Muhammad Shafee bukan sahaja telah menarik kritikan daripada ahli politik bahkan pengamal dan pengkaji undang-undang.
- sharian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.