Followers

Sunday, March 15, 2015

Haron Din bawa PAS tinggalkan pakatan? – Awang Selamat


'Haron Din bawa PAS tinggalkan pakatan? – Awang Selamat

PETALING JAYA: “Apakah akan berlaku kejutan termasuk kemungkinan Pas meninggalkan pakatan?” soal Awang Selamat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia.

Beliau membayangkan kemungkinan berlaku kejutan berikutan Mursyidul Am baru itu pernah menyatakan pada muktamar PAS tahun lalu untuk “mengkaji semula semula tahaluf siyasi atau muafakat dengan DAP dan PKR.”

“Sejak tahun lalu, Pas makin banyak dihina, diugut dan ditekan oleh sekutu pakatan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu. Apa pun, Awang yakin dengan ketegasan Haron yang sentiasa berpegang kepada pendirian untuk tidak memudaratkan kepentingan Islam. Beliau bukan seorang boleh diambil mudah. Masa akan membuktikannya,” katanya dalam ruangan khasnya di Mingguan Malaysia.

Awang Selamat yang mengucapkan tahniah kepada pelantikan Dr Haron menyatakan, pemilihan tersebut atas dasar ketokohan, keilmuan dan pengaruhnya dan ia diharap dapat membawa perubahan kepada parti itu.

Menurut ruangan Mingguan Malaysia itu, antara cabaran beliau ialah mengembalikan kedudukan ulama khususnya Majlis Syura sebagai badan tertinggi yang sentiasa dipatuhi dan dihormati oleh semua peringkat dalam PAS.

“Apa yang berlaku sekarang, golongan ulama sentiasa diperlekehkan hasil daripada gerakan untuk melemahkan Pas agar sentiasa tunduk kepada aspirasi parti sekutu pakatan pembangkang,” jelasnya.

Kata Awang Selamat, “Kedua, mempertahankan perjuangan sebenar PAS terutama dalam isu-isu kritikal seperti menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan, yang mahu dihalang oleh DAP.”

Tugas ketiga menurut Awang Selamat ialah membantu memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dipertahankan sebagai Presiden PAS dalam pemilihan Jun ini berikutan terdapat usaha secara sistematik untuk menjatuhkan beliau terutama oleh kelompok pro-Anwar, yang nama beberapa pemimpin utama PAS turut dikaitkan.

“Riak-riak Haron menerima tentangan sudah bermula. Kenyataan beliau agar Hadi tidak dicabar dalam pemilihan kali ini, dipertikaikan oleh AJK Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi,” ulasnya.

“Maka banyak persoalan berlegar. Berjayakah Haron mengolah semua cabaran utama itu atau bakal kecundang kerana percaturan pro-Anwar sudah berskala besar melibatkan tangan dan khabarnya pembiayaan luar?” tambah Awang Selamat.

 
Posted by Jeebond BLM.' PETALING JAYA: “Apakah akan berlaku kejutan termasuk kemungkinan Pas meninggalkan pakatan?” soal Awang Selamat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia.

Beliau membayangkan kemungkinan berlaku kejutan berikutan Mursyidul Am baru itu pernah menyatakan pada muktamar PAS tahun lalu untuk “mengkaji semula semula tahaluf siyasi atau muafakat dengan DAP dan PKR.”

“Sejak tahun lalu, Pas makin banyak dihina, diugut dan ditekan oleh sekutu pakatan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu. Apa pun, Awang yakin dengan ketegasan Haron yang sentiasa berpegang kepada pendirian untuk tidak memudaratkan kepentingan Islam. Beliau bukan seorang boleh diambil mudah. Masa akan membuktikannya,” katanya dalam ruangan khasnya di Mingguan Malaysia.

Awang Selamat yang mengucapkan tahniah kepada pelantikan Dr Haron menyatakan, pemilihan tersebut atas dasar ketokohan, keilmuan dan pengaruhnya dan ia diharap dapat membawa perubahan kepada parti itu.

Menurut ruangan Mingguan Malaysia itu, antara cabaran beliau ialah mengembalikan kedudukan ulama khususnya Majlis Syura sebagai badan tertinggi yang sentiasa dipatuhi dan dihormati oleh semua peringkat dalam PAS.

“Apa yang berlaku sekarang, golongan ulama sentiasa diperlekehkan hasil daripada gerakan untuk melemahkan Pas agar sentiasa tunduk kepada aspirasi parti sekutu pakatan pembangkang,” jelasnya.

Kata Awang Selamat, “Kedua, mempertahankan perjuangan sebenar PAS terutama dalam isu-isu kritikal seperti menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan, yang mahu dihalang oleh DAP.”

Tugas ketiga menurut Awang Selamat ialah membantu memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dipertahankan sebagai Presiden PAS dalam pemilihan Jun ini berikutan terdapat usaha secara sistematik untuk menjatuhkan beliau terutama oleh kelompok pro-Anwar, yang nama beberapa pemimpin utama PAS turut dikaitkan.

“Riak-riak Haron menerima tentangan sudah bermula. Kenyataan beliau agar Hadi tidak dicabar dalam pemilihan kali ini, dipertikaikan oleh AJK Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi,” ulasnya.

“Maka banyak persoalan berlegar. Berjayakah Haron mengolah semua cabaran utama itu atau bakal kecundang kerana percaturan pro-Anwar sudah berskala besar melibatkan tangan dan khabarnya pembiayaan luar?” tambah Awang Selamat.


Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.