Followers

Monday, March 9, 2015

Penahanan Nik Nazmi bercanggah undang-undang, kata MB Selangor

 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengutuk penahanan ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬ di Kuala Lumpur semalam.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengutuk penahanan ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur semalam. 

Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan exco negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan kerana perhimpunan #KitaLawan semalam berlangsung secara aman, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Dalam satu kenyataan lewat petang tadi, Azmin berkata, pihaknya mengutuk tindakan PDRM tersebut.

"Saya mengutuk tindakan menahan Nik Nazmi. Tindakan polis bercanggah dengan undang-undang," kata Azmin dalam kenyataannya.

"Perhimpunan semalam berlangsung dengan aman dan tidak menyalahi batas undang-undang. Kami melihat tiada asas untuk penahanan beliau selain bermotifkan politik," katanya.

Nik Nazmi hari ini ditahan semalam di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur selepas diarahkan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10 pagi tadi.

Beliau yang juga ketua Pemuda PKR kemudiannya dibawa ke Jinjang pada pukul 12.20 tengahari.

Peguam, Melissa Sasidaran berkata, pihak polis menahan beliau kerana dipercayai melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal mengemukakan notis 10 hari kepada PDRM sebelum Perhimpunan #KitaLawan dilaksanakan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya polis ingin merekod kenyataan beliau, sudah pasti tidak perlu untuk menahan beliau untuk semalaman," kata Azmin, dan menambah, lebih-lebih lagi Nik Nazmi hadir ke balai polis berkenaan secara sukarela.

"Kerajaan dan polis perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka."

Sehubungan itu beliau menuntut agar PDRM segera membebaskan Nik Nazmi tanpa syarat dan menghentikan segala siasatan yang dilakukan terhadapnya.

Sementara itu, isteri kepada Nik Nazmi, Imaan Abdul Rahim berkata kepada pemberita, pihaknya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Ini sudah dijangka, sekarang kita hanya mendoakan yang terbaik," katanya.

Perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di ibu negara semalam mendesak agar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara susulan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Himpunan semalam yang bermula dari Masjid Jamek, Pasar Seni, dan Pejabat Agung PAS berkumpul di pusat membeli belah Sogo sebelum berhimpunan di KLCC dilaporkan disertai lebih 10,000 penyokong Anwar. – 8 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.