Followers

Monday, March 9, 2015

Jangan salah tafsir ketiadaan Muhyiddin, kata Ismail Sabri OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri pertemuan bersama ketua Umno bahagian yang diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri pertemuan bersama ketua Umno bahagian yang diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

Ketiadaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersama ketua bahagian parti di seluruh negara hari ini tidak perlu disalah tafsirkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata Muhyiddin mahu menghadiri perjumpaan pada petang ini namun mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

"Dulunya pun timbalan presiden tidak hadir, dia ada komitmen lain.

"Dia beritahu saya yang dia nak hadir tetapi dia ada komitmen lain," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya media adakah perkara itu akan disalah tafsir, Ismail berkata: "Tak perlu."

Muhyiddin pada Jumaat menggesa siasatan dilakukan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu sudah memaklumkan ketua audit negara akan menyiasat syarikat itu.

Menteri pendidikan itu berkata sebarang usaha menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.

Beliau juga berkata, lembaga pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

"Saya berpandangan ketua audit negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, semalam Muhyiddin menolak dakwaan kenyataannya bercanggah dengan kenyataan Najib dan menambah beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu.

Katanya, pendirian itu sekadar mahu mengesahkan akaun 1MDB oleh ketua audit negara dan mengambil kira kepentingan umum.

"Saya tidak fikir begitu, jika anda baca betul-betul dan memahami apa yang saya tulis dalam kenyataan saya, saya rasa ia merupakan kenyataan yang adil,” katanya seperti dilaporkan Bernama. – 8 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.