Followers

Wednesday, March 4, 2015

Pembocor maklumat: Banyak lagi data 1MDB

 
 

Terdapat "ribuan lagi dokumen" berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan hartawan Taek Jho Low didakwa dalam milik laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini, editor dan pengasasnya Clare Rewcastle Brown mendakwa terdapat banyak dokumen berkaitan berhubung 1MDB, melebihi apa yang didedahkan.

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai penyelewengan.

E-mel itu menunjukkan bahawa usahasama itu dengan suntikan AS$1 bilion (RM3.6 bilion) daripada 1MDB digunakan sebagai syarikat “muka depan” untuk menyalurkan wang kepada syarikat Jho Low.

Hartawan itu didakwa rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Walaupun Petrosaudi mendakwa e-mel itu direka-reka, Rewcastle menegaskan ia komunikasi asli.

Rewcastle juga berkata pendedahan berkaitan 1MDB itu berjaya dibuat selepas dua tahun meneliti dokumen-dokumen tersebut, termasuk bekerjasama dengan sekumpulan wartawan.

Beliau bagaimanapun memilih merahsiakan sumber dokumen itu kerana ia diserah padanya berasaskan kerahsiaan.

Menurutnya lagi, penafian oleh 1MDB dan pihak lain berhubung dakwaan itu “gagal membuktikan” sama ada keuntungan benar-benar dibuat.

“Mereka sebaliknya sembunyikan keuntungan dalam akaun bank pesisir pantai berbanding menggunakan untuk menyeimbangkan akaun itu,” kata Rewcastle, merujuk kepada akaun di Kepulauan Cayman.

Malaysiakini menghubungi dan masih menunggu maklum balas daripada pihak Jho Low berhubung perkara itu.

1MDB mempertahankan bahawa usahasama itu berakhir pada 2012 dan 1MDB berjaya membuat keuntungan AS$488 juta (RM1.768 bilion) daripadanya.





Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.