Followers

Wednesday, March 4, 2015

Apabila Pemimpin Lupa Akan Kuasa Allah SWT


tikaq buloh 
 
Beginilah keadaan suatu ketika dahulu, pada situasi kemarau panjang Negeri Sembilan dengan angkuhnya ingin menjual air kepada Selangor seakan-akan tidak memahami masalah air Selangor pada tahun yang sudah juga antaranya berpunca daripada kemarau yang panjang.

Negeri Sembilan dan Johor kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di empangan dan sungai di dua negeri berkenaan dilaporkan semakin menyusut berikutan cuaca panas dan kering yang mula melanda negara ketika ini.

Malah situasi ini juga berkemungkinan memaksa catuan air dilaksanakan di kawasan tertentu di Johor, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, Selasa.

Antara sungai yang mencatatkan paras merosot dan menghampiri paras kritikal di Johor ialah Sungai Sembrong Kiri di Kluang, yang membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Timur seterusnya membekalkan air terawat ke Daerah Kluang.

“Pada masa ini, pengeluaran LRA Sembrong Timur berkurangan daripada 32 juta liter sehari (JLH) kepada 26 JLH,” katanya.

Ismail berkata, operator air negeri berkenaan, Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) juga terus memantau rapi keadaan bekalan air dan berusaha mengagihkan semula bekalan daripada sistem agihan lain yang berhampiran.

“Sekiranya keadaan benar-benar mendesak, catuan air akan dipertimbangkan,” katanya sambil menambah beberapa empangan di Johor juga turut menyusut, antaranya Empangan Sungai Lebam.

Menurutnya lagi, bagi mengatasi kekurangan sumber air bagi jangka masa panjang di negeri itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang membina Empangan Sungai Kahang.

Manakala bagi Negeri Sembilan, Ismail berkata, kerajaan negeri itu menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sudah merangka pelan mitigasi jangka panjang yang dijangka mampu menyelesaikan masalah kekurangan sumber air di Empangan Gemencheh.

Antaranya termasuk mendapatkan bekalan air terawat sebanyak 9 juta liter sehari (JLH) dari Melaka untuk Pekan Tampin dan Batang Melaka melalui sistem paip sedia ada.

“Bagi tujuan itu, SAINS akan memasang paip bersaiz 900 milimeter sepanjang 5.25 kilometer (km) untuk menyambung ke sistem agihan sedia ada daripada Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh.

“Kerja-kerja pemasangan paip ini akan dimulakan dan dijangka mengambil masa tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, katanya, SAINS akan membekalkan air terawat sebanyak 18 JLH ke kawasan terjejas daripada LRA Sawah Raja sedia ada di Rembau serta membina stesen pam dan paip sepanjang 15 km untuk mengepam air mentah dengan kapasiti 54 JLH daripada Sungai Jelai di Johol ke Empangan Gemencheh.

“Kerja-kerja pembinaan sudah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh masa 10 bulan iaitu sebelum Disember tahun ini,” beliau menjelaskan. Rakyat Post

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.