Followers

Wednesday, March 4, 2015

Allah Maha Mengetahui...

'Mahfuz didakwa harap Sirul tuduh Najib'

 

Tindakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menjadi orang tengah menemukan Sirul Azhar Umar dengan ibunya mencetuskan kecurigaan pihak lain.

Penulis dikenali sebagai “KuntaKinte Malaysia” dalam portal Umno Online mendakwa tidak mustahil Sirul dibayar oleh pembangkang untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

Beliau berkata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, yang menguruskan pertemuan itu, bergegas ke Australia untuk bertemu Sirul demi menjatuhkan Najib.

“Apakah janji atau deal yang dibuat?” soal KuntaKinte.

“Harapan Mahfuz dan PAS ialah Sirul akan berkata Mohd Najib mengarahkan beliau membunuh Altantuya.

“Apakah PAS akan bersusah payah jika pembunuhan upahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Mohd Najib?”

Bantuan di luar negara

Oleh kerana Sirul tidak boleh pulang ke Malaysia atau perlukan suaka politik dan kewangan di luar negara, KuntaKinte percaya terdapat pihak mengambil kesempatan dalam isu itu,

“Penulis percaya sudah ada usaha untuk meyakinkan Sirul untuk membuat tuduhan-tuduhan politik dengan pelbagai janji bantuan untuk terus hidup di luar negara,” dakwanya.

Beliau juga berkata PAS bersusah payah dalam perkara itu kerana ia menguntungkan mereka.

“Apa pun fakta yang Sirul akan kemukakan ia tidak boleh menolak hakikat bahawa beliau telah membunuh seseorang tanpa sebab keselamatan, justeru hukuman gantung ke atas beliau tidak boleh dipertikaikan,” tulisnya. 



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.