Followers

Thursday, March 5, 2015

NGO Melayu mahu Rafizi dipenjara kerana dedah maklumat NFC OLEH DIYANA IBRAHIM

Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan hari ini menuntut polis mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media berhubung skandal Fidlot Nasional Corporation (NFC).

Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk membuat laporan terhadap ahli Parlimen Pandan itu dan menegaskan pihak berkuasa seharusnya bertindak adil dengan membuka kembali siasatan agar hukuman setimpal dijatuhkan kepada Rafizi.

"Rafizi harus dipenjarakan kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media dan kini masih bebas.

"JMM Wilayah Persekutuan menegaskan sekali lagi tidak ada individu, ahli Parlimen atau orang kenamaan yang sewenang-wenangnya berasa istimewa jika bersubahat dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia)," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata mengikut Akta Bafia 1989, sekiranya disabitkan bersalah Rafizi boleh dikenakan penjara selama 3 tahun atau didenda RM3 juta atau kedua-duanya sekali. – 4 Mac, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com

NGO Melayu mahu Rafizi dipenjara kerana dedah maklumat NFC

Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 4 Mac, 2015.Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 4 Mac, 2015.Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan hari ini menuntut polis mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media berhubung skandal Fidlot Nasional Corporation (NFC).
Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk membuat laporan terhadap ahli Parlimen Pandan itu dan menegaskan pihak berkuasa seharusnya bertindak adil dengan membuka kembali siasatan agar hukuman setimpal dijatuhkan kepada Rafizi.
"Rafizi harus dipenjarakan kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media dan kini masih bebas.

"JMM Wilayah Persekutuan menegaskan sekali lagi tidak ada individu, ahli Parlimen atau orang kenamaan yang sewenang-wenangnya berasa istimewa jika bersubahat dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia)," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata mengikut Akta Bafia 1989, sekiranya disabitkan bersalah Rafizi boleh dikenakan penjara selama 3 tahun atau didenda RM3 juta atau kedua-duanya sekali. – 4 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-melayu-mahu-rafizi-dipenjara-kerana-dedah-maklumat-nfc#sthash.M32eLDlL.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.