Followers

Friday, March 13, 2015

BN minta laman web petisyen AS disenaraihitam

 
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disarankan menyenaraihitamkan laman web petisyen 'We The People' daripada dilayari oleh rakyat negara ini.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa, laman web yang menyediakan platform untuk rakyat Amerika Syarikat (AS) 'berbicara' dengan Presidennya, Barack Obama itu membuka ruang untuk pihak luar menghuru-harakan negara ini.

"Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan SKMM supaya menyenaraihitamkan laman web ini. Kerana memberi peluang kepada pihak luar negara untuk menghuru-harakan negara kita," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, diwujudkan dalam laman sesawang White House namun, ia dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan, Isnin lalu.

Beberapa ketika kemudian, kerajaan Amerika AS mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen tersebut.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan mengesan penipuan dilakukan,White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai 'kejanggalan'.

Dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong itu, Teck Meng mendakwa petisyen tersebut merupakan 'kerja' PR dan suasana menjadi kecoh apabila beberapa pemimpin PR bangkit membantah dakwaan tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (Pandan-PKR) meminta Teck Meng menarik balik kenyataan tersebut kerana melanggar Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (6) yang menyebut bahawa seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.

"Simpang Renggam menyebut bahawa pembangkang yang memulakan petisyen itu. Itu tidak tepat dan ia adalah sangkaan yang jahat kerana ia dimulakan oleh rakyat AS dan ia tidak ada kena mengena dengan PR," katanya.

Teck Meng kemudiannya membetulkan kembali kenyataan tersebut dengan berkata "satu petisyen diwujudkan untuk mengutip tandatangan digital oleh pihak-pihak tertentu dan disokong oleh pembangkang. OK?"

Dalam sesi itu juga, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) meminta agar Teck Meng dihalau dari dewan serta merta.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.