BILA TOK GURU TIADA MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani.
Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi.
Al Fatihah.
Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Us Nasa.
Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz. Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR.
PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya.
Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS.
Us Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS.
Cuma Us Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz. Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu.
Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru?
Lupakan itu. Ini bukan salah PAS. Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG. Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno.
Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno.
Nah, mungkin Us Nasa melihat ini peluang terbaik. Tok Guru Nik Aziz sudah tiada. Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun. Peluang terbaik untuk Us Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu.
Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia? Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.