BACHOK – Tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu
dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan maut dalam kemalangan
yang berlaku di jalan Telong- Tok Bali kira- kira jam 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi
Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka yang maut itu
menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza baru sahaja pulang dari
menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.
Pemandu Alza, Roslan Mamat,34, dan
bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, isterinya, Mimey
Suhartini meninggal dunia di hospital.
“Kereta yang dinaiki mangsa bersama
empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan
sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok
Bali,” katanya.
Keluarga ini dikatakan dari Bukit Payung tiba di Kelantan jam 5 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz.
Manakala, Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima
panggilan daripada orang ramai pada jam 2.34 petang dan bergegas ke
lokasi kejadian seminit kemudian.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.