308
Sambutan Hebat Kempen
“BERARAK UNTUK KEADILAN”
Machang Bubuk
Pusat
Khidmat ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon telah melancarkan Kempen "BUK"
di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam pagi tadi sempena Program Kaligrafi
Tahun Baru Cina. Kempen tandatangan poskad tersebut telah mendapat
sambutan yang amat hebat daripada penduduk tempatan. Hampir 500 keping
poskad telah ditandatangani oleh penyokong dalam tempoh masa dua jam
sahaja.
Apabila
ditemudugai, ramai yang bersimpati dengan keadaan Anwar Ibrahim yang
diaib dan dizalimi oleh konspirasi politik kotor UMNO/BN.
Lee
Khai Loon berkata, “saya berasa terharu kerana dalam masa yang singkat,
kami telah berjaya mengutip hampir 500 tandatangan daripada penduduk
sekitar yang tidak kira bangsa, umur dan gender. Kami sangat berterima
kasih kepada mereka yang telah menunjuk tanda solidariti bersama Anwar
Ibrahim dengan menyokong kempen ini.”
Seterusnya,
kami akan menjalankan kempen ini di setiap kawasan Machang Bubuk
sehingga kami mencapai matlamat kami untuk mengutip lima ribu keping
poskad yang ditandatangani oleh penyokong. Ceramah Jelajah Rakyat Hakim
Negara di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Pasar Permatang Tinggi telah
dijadualkan pada malam ini dan pagi 15hb Feb.
Semua poskad tersebut akan dihantar kepada saudari Nurul Nuha, anak kedua Anwar Ibrahim yang telah melancarkan Kempen “Berarak Untuk Keadilan” untuk disampai kepada Pejuang Rakyat yang dihormati iaitu Anwar Ibrahim dalam masa yang terdekat.
Tukar Tiub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.