Followers

Saturday, February 28, 2015

Tanda-tanda jelas sebuah kerajaan goyah



 




SUARA LANTANG: Empat dekad lalu, Tun Abdul Razak Hussein melawan komunis. Hari ini, anaknya Datuk Seri Najib Razak melawan kartunis.

Di bawah pemerintahan Najib, peguam hak asasi manusia, ahli akademik, kartunis, media alternatif dan rakyat yang berfikir telah menggantikan peranan komunis di era bapanya. Mereka ini dianggap sebagai ancaman baru kepada keselamatan negara. 


Punca ketakutan kerajaan mudah sahaja. Ketakutan yang mengelilingi kerajaaan Najib. Perdana Menteri dan kabinetnya tidak yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka takut kehilangan kuasa.
Seorang kawan Umno Baru, yang mendakwa merasa kecewa dengan kepimpinan partinya. Katanya, “Zunar ditahan kerana twit-nya, yang amat kritis terhadap kehakiman dalam Liwat 2. Beliau katakan apa yang ada dalam fikiran kebanyakan rakyat, dan orang dalam parti saya tahu ia betul.”

Pengakuannya itu mendedahkan sesuatu, dan malah amat jujur.

Sepuluh hari selepas penahanan Zunar, giliran Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan pula untuk ditahan. Sepuluh polis menyerbu rumahnya, merampas computer, telefon dan modem internet. 


Arutchelvan telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan sabitan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam Liwat 2 adalah keputusan politik.

Kedua-duanya telah dibebaskan namun tiada siapa dapat menidakkan kemungkinan mereka akan ditahan semula.

Parti Najib kini dalam masalah. Pendekatan fiskalnya gagal. Beliau mungkin telah memenjarakan musuhnya Anwar, namun rancangannya memakan diri dan beliau telah melahirkan seorang korban perjuangan politik. 


Malah, Najib perlu berhadapan dengan perebutan kuasa dalam Umno Baru yang diketuai bekas PM Tun Mahathir Mohamad.

Kembali kepada Bukit Aman, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, yang bertindak seiringan dengan Najib, dipaksa untuk menghukum pengkritik kerajaan. Beliau perlu tunjukkan kepada rakyat apa yang akan berlaku kepada mereka jika tidak bersetuju dengan kerajaan. Penggunaan kuasa menunjukkan kerajaan yang lemah.

Ada tanda jelas lain yang membuktikan ketakutan kerajaan, namun Umno Baru perlu menunjukkan mereka “melindungi” orang Melayu dan “mempertahankan” Islam. Adakah Allah memerlukan sebuah parti politik untuk melindungi Islam?

Eric Paulsen daripada Lawyers for Liberty menulis di Twitter bahawa khutbah Jumaat mempromosikan ekstremisme. Maka untuk “mempertahankan” Islam, pihak berkuasa mengarahkan 20 polis untuk menahannya ketika makan malam. Adakah polis fikir polis akan melawan penahanannya dan melawan 20 polis dengan chopstick-nya?

Pertunjukkan kuasa yang sama juga berlaku pada 1998, apabila Mahathir mengarahkan Unit Tindakan Khas yang berpakaian hitam dan dilengkapi mesingan menyerbu rumah Anwar untuk menangkapnya, melalui tingkap. Barangkali mereka tidak tahu pintu hadapan terbuka.

Beberapa hari selepas keputusan Liwat 2, Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria bertegas bahawa badan kehakiman tidak tercemar. Beliau memberikan amaran bahawa sesiapa yang mencemarkan kehakiman akan dihukum. Katanya, beliau “perlu melindungi maruah dan integriti mahkamah.”

Mengapa memberi penjelasan berjela-jela? Jika Ketua Hakim di pihak benar, tiada sebab untuk beliau menjustifikasikan tindakan. Adakah beliau dirundung rasa bersalah atau sesal?

Ketua Pendakwa Tan Sri Mohamad Shafee tahu apa yang digemari orang Umno Baru; seks dan seks. Beliau menganjurkan jelajah, agar dapat menghairahkan pendengarnya dengan butiran seks yang terperinci dan jelek daripada bayangan kejadian antara Saiful dan Anwar. 


Mengapa beliau mencemarkan imej Anwar, terutama ketika Anwar tidak dapat mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu? 
 
 
Adakah Shafee merasa teruja dengan mengulang aksi-aksi seksual yang beliau dakwa berlaku? Bagaimana kita tahu sama ada beliau berkata benar atau tidak?

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bercakap besar, bahawa ini adalah waktu Umno Baru pula menyerang penyokong Anwar. Tindakannya mengesahkan bahawa Umno Baru kini lebih takut kepada Anwar, berbanding ketika beliau bebas.

Bukan itu sahaja. Umno Baru juga takut kepada ancaman daripada rakyat, seperti Zunar yang bukannya politikus atau NGO. Zunar melambangkan kebebasan bersuara di negara kita, dan seorang pejuang berani untuk kebebasan yang telah dirampas daripada kita semua.

Lakaran Zunar memberi kesan, ringkas, amat benar dan kelakar. Tangkapannya menjadi tajuk berita antarabangsa dan itu adalah sesuatu yang signifikan. 


Beliau mampu menyampaikan mesej secara terus, mudah difahami, dan merentasi kaum, agama dan negara. Beliau memberi kesan hebat kepada rakyat Malaysia, serta masyarakat luar yang memahami politik negara kita.

Kerajaan takut. Dalam percubannya menutup mulut pengkritik, Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa ia adalah negara polis. 


Anda, rakyat Malaysia berkuasa melawannya. Solidariti dan tekad adalah senjata terbaik kita untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik.

Mariam Mokhtar adalah “rakyat Malaysia yang berani berkata benar”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.