Followers

Saturday, February 28, 2015

Curang Bukan Lagi Jenayah. Diimport Ke M'sia Dari Korea Selatan? Posted by Ibnu Hasyim

 
Curang bukan lagi jenayah rumahtangga di Korea Selatan
Hakim Han-Chul berkata, walaupun perlakuan seks selain dengan pasangan yang dikahwini harus dikecam sebagai tidak bermoral, kuasa Persekutuan tidak perlu campur tangan dalam urusan peribadi individu. - Gambar hiasan AFP 
 
SEOUL: Mahkamah Persekutuan Korea hari ini memansuhkan undang-undang kecurangan atau perlakuan seks selain dengan pasangan yang dikahwini setelah 60 tahun ia diguna pakai untuk memelihara nilai-nilai tradisi murni dalam institusi kekeluargaan di Korea Selatan.

Undang-undang tersebut selama ini menganggap perbuatan melakukan hubungan seks selain daripada pasangan yang dikahwini sebagai satu kesalahan jenayah dan pelakunya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Panel sembilan hakim telah mencapai keputusan itu selepas tujuh daripada mereka merasakan bahawa undang-undang tersebut tidak mengikut perlembagaan.

“Walaupun perlakuan curang itu harus dikecam sebagai perbuatan tidak bermoral, kuasa peringkat persekutuan tidak harus campur tangan dalam kehidupan peribadi seseorang individu,” kata Hakim Park Han-Chul.

Keputusan mahkamah itu telah menyaksikan saham firma Unidus Corp., iaitu salah sebuah syarikat pengeluar kondom, melonjak 15 peratus dalam sehari di bursa saham tempatan.

Keputusan mahkamah itu merupakan pertimbangan kali kelima mengenai kesahihan undang-undang  tersebut. Sepanjang ia dilaksanakan, Korea Selatan merupakan salah satu daripada sedikit negara-negara bukan Islam yang menyifatkan kecurangan perkahwinan sebagai perbuatan jenayah.

Dalam tempoh enam tahun lalu, hampir 5,500 orang telah didakwa atas kesalahan berlaku curang kepada pasangan mereka. Pada tahun 2014 sahaja, 900 orang telah didakwa.

"Penerimaan umum mengenai hak-hak individu dalam hal berkaitan seks telah berubah,” kata Han-Chul.
 
Sementara itu, ketika membaca pendapat yang berlawanan, Hakim Ahn Chang-Ho bertegas agar undang-undang yang dikuatkuasa pada tahun 1953 itu sebagai pelindung utama moral keluarga. 
 
Dia juga memberi amaran bahawa pemansuhannya akan mencetuskan gelombang songsang dalam tatacara hidup masyarakat. (AFP)

 
Ulat bulu naik daun.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Curang, selingkuh atau main kayu tiga, bukan lagi jenayah dan suatu kesalahan di Korea Selatan. Apakah budaya ini yang cuba diimport masuk oleh pemerintah Malaysia bersama-sama K-pop?

Ada yang berdalih, kita pilih yang baik saja. Adakah K-pop itu baik dari sudut agama dan moral? Mereka mengimport budaya Korea untuk menghancurkan remaja negara ini.. Ini realiti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.