Followers

Wednesday, February 18, 2015

Siswa: Kerabat juga harus isytihar harta


Kumpulan mahasiswa hari ini menggesa semua pihak, termasuk pemimpin politik dan kerabat diraja mengisytiharkan harta bagi membendung masalah aliran keluar wang haram.

Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM), sebuah kumpulan baru mahasiswa, menujukan gesaan itu kepada kakitangan kanan kerajaan, menteri, ahli parlimen dan semua parti politik.

“Kami di AMHM percaya bahawa hanya penguatkuasaan yang ketat akan menangani fenomena membimbangkan ini,” kata Presiden AMHM Fahmi Zainol yang digantung pengajian kerana menganjurkan ceramah Anwar di Universiti Malaya.

“Kami menyeru perdana menteri dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil perhatian mendalam dan mengumumkan tindakan yang akan diambil untuk menangani aliran keluar kewangan haram ini,”

Semalam, Sultanah Kalsom Abdullah, permaisuri Sultan Ahmad Shah, muncul dalam senarai rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank HSBC Switzerland, lapor Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

Berdasarkan maklumat bocor yang digelar sebagai “Swiss Leaks”, meletakkan Malaysia di tempat ke-87 antara negara yang mempunyai jumlah dolar terbesar dalam fail berhubung pelanggan-pelanggan HSBC.

Swiss Leaks menimbulkan kegemparan apabila HSBC didakwa bersubahat dalam pengelakan cukai.

Malaysiakini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.