Followers

Sunday, February 15, 2015

Shafee kini mahu Ambiga didakwa hina mahkamah

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.

Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.

"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan.

"Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu.

Ambiga pada 13 Februari mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

 

Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ambiga pada Jumaat berkata Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.

Sejak penghakiman dibuat, Shafee dilihat mengeluarkan kenyataan dan mengadakan temu bual dengan media berhubung kes itu.

Dalam satu temu bual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata Peguam Negara harus menghalang Shafee meneruskan komentar dan kritikan terhadap kes itu kerana ia dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya sebagai Pendakwa Raya, baik dari segi undang-undang, mahu pun etika. – 15 Februari, 2015.


: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article. -


Wah !! Shafee naik toncang nampak !! Belum lagi dilantik menjadi Peguam Negara - sudah mula tunjuk kuasa !! Dia lupa bahawa ALLAH MAHA BERKUASA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.