Followers

Sunday, February 15, 2015

Adakah peguam negara setuju Shafee serang Anwar, soal DAP

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya. 

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya.

DAP mahu Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan sama ada Jabatan Peguam Negara membenarkan tindakan menyerang dan mengkritik seorang yang sudah disabitkan bersalah, susulan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atasnya Selasa lepas.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihatkan Shafee, yang mengetuai pendakwaan dalam kes Liwat II ketua pembangkang itu, supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengecam Anwar dan mengulas mengenai kes itu lagi.

Katanya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya itu selepas pensabitan Anwar memalukan dan menghina pejabat Peguam Negara.

"Adakah Gani memberi kebenaran kepada kenyataan yang dikeluarkan yang menyerang dan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitannya?

"Adakah fiat diberikan Peguam Negara kepada individu persendirian dalam perkara jenayah selepas urusan yang ditugaskan kepadanya itu dibereskan di mahkamah?

"Tidakkah ia satu salahguna kuasa Peguam Negara, sama ada secara peribadi atau melalui timbalannya atau orang yang diberi kuasa olehnya, untuk meneruskan serangan terbuka terhadap seseorang yang disabitkan bagi pihaknya selepas pendakwaan berakhir?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata ini satu perkara serius kerana Peguam Negara itu dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya dari kedua-dua segi, baik undang-undang mahu pun etika, sebagai Pendakwa Raya.

"Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mendakwa. Ia berhenti di situ.

"Saya sebagai ahli Parlimen mesti mengutuk sebarang tingkahlaku di pihak Peguam Negara yang menindas dan dianggap satu penyalahgunaan proses dan kuasa.

“Tiada seorang pun harus berbangga apabila menyerang orang lain yang tidak boleh mempertahankan dirinya," kata ahli Parlimen Puchong itu.

Shafee dikritik peguam kerana mengatakan Anwar seolah-olah pengecut kerana memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh ketika diperintah membela diri di peringkat perbicaraan kes liwatnya.

Dalam satu temubual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful. – 15 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article -

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.