Followers

Thursday, February 5, 2015

PAS: Gunakan empat akta turunkan harga barang


TRP_resize_watermark_240514_PASAR2_l

TRP_resize_watermark_240514_PASAR2_l Kerajaan mempunyai empat Akta yang boleh diguna pakai untuk menurunkan harga barangan.

KUALA LUMPUR, 4 Februari Kerajaan mempunyai kuasa ke atas empat perkara untuk menentukan sama ada harga barangan dan juga perkhidmatan di negara ini dapat diturunkan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata, kerajaan merupakan pihak yang mempunyai kuasa mengawal dan menguatkuasakan undang-undang dan pada 2010, Parlimen telah meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Menurutnya, Akta tersebut memberi kuasa kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan atau tidak munasabah.

Beliau berkata, berdasarkan akta berkenaan, hukuman denda boleh dikenakan antara RM100,000 hingga RM1 juta dan penjara tiga hingga lima tahun mengikut kesalahan dilakukan individu atau syarikat.

“Kedua, kerajaan juga mempunyai kuasa terhadap barangan kawalan yang mana sebanyak 22 barangan telah diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Ketiga, wujudnya Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memberi perlindungan kepada pengguna, memberi kuasa kepada KPDNKK menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Pengguna.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.