Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...
Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.
Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.
Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan hutang 1MDB.
Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.
Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu. Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.
Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.
Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?
Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.
Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.
Mahathir tetap lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.
Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.
Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.
Kata sumber itu lagi, berjumpa, bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.
Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.