Followers

Friday, February 6, 2015

Nik Abduh bukan ‘mursyidul am PAS’, kata Mat Sabu OLEH DIYANA IBRAHIM

Kalau apa kata-kata Nik Abdul disifatkan peribadi 

PAS hari ini menafikan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am parti itu yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.

 
PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru, susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.
"Itu hanya spekulasi. Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat. Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu. – 6 Februari, 2015.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.