Followers

Wednesday, February 25, 2015

Kuasa pengampunan terletak bawah Agong, kata timbalan menteri OLEH MD IZWAN

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata proses permohonan pengampunan panjang dan Lembaga Pengampunan tidak terpengaruh dengan politik kerana ia bukan badan politik, malah perdana menteri tidak boleh berada di dalamnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata proses permohonan pengampunan panjang dan Lembaga Pengampunan tidak terpengaruh dengan politik kerana ia bukan badan politik, malah perdana menteri tidak boleh berada di dalamnya.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata proses permohonan pengampunan panjang dan Lembaga Pengampunan tidak terpengaruh dengan politik kerana ia bukan badan politik, malah perdana menteri tidak boleh berada di dalamnya.

Kuasa pengampunan terletak bawah Yang di-Pertuan Agong tanpa campur tangan politik, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan mengejutkan untuk memohon pengampunan daripada pemerintah tertinggi negara hari ini.

Timbalan menteri dalam negeri itu menjelaskan, proses itu perlu melalui Lembaga Pengampunan yang bertindak sebagai penasihat kepada Agong selepas permohonan dibuat.

"Lembaga ini berada di bawah (bidang kuasa) Agong dan Istana, ia tidak ada kena mengena dengan politik," kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.

Lembaga tersebut, menurut Wan Junaidi, merupakan sebuah badan bebas, bahkan perdana menteri sendiri tidak mempunyai kuasa atau pengaruh politik.

"Ia bukan sebuah badan politik, bahkan dalam mana-mana badan peringkat persekutuan, perdana menteri tidak boleh berada di dalamnya, jadi tidak ada sesiapa pun boleh mempengaruhi keputusan dalam badan tersebut," kata beliau yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-12.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata ia bukan proses yang pendek dan perlu menjalani beberapa peringkat sebelum Agong membuat keputusan ke atas mana-mana permohonan pengampunan.

"Saya ingat beliau (Anwar) sudah ambil kira semua perkara untuk buat permohonan pengampunan, tetapi proses ini bukan secepat yang kita jangkakan," katanya.

Hari ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya pergi ke Istana Negara untuk menghantar permohonan pengampunan.

The Malaysian Insider difahamkan, permohonan tersebut dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, semalam Naib Presiden PRK Rafizi Ramli berkata Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Beliau berkata, sehingga kini Anwar tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pasukan peguam belanya untuk berbuat demikian.

"Setakat yang saya ketahui, Anwar tidak pernah beri sebarang arahan (memohon pengampunan daripada Agong).

"Dia (Anwar) tidak bersalah," katanya semalam.

Usaha memohon pengampunan adalah langkah terakhir untuk membebaskan Anwar selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Permohonan pengampunan juga akan menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar sehingga selesai proses pengampunan. – 24 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.