Followers

Wednesday, February 25, 2015

Kempen singkir KPN kerana halang kebebasan bersuara OLEH LOW HAN SHAUN


Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata Bersih 2.0 dan Suaram perlu merangka strategi untuk menyigkirkan Ketua Polis Negara.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata Bersih 2.0 dan Suaram perlu merangka strategi untuk menyigkirkan Ketua Polis Negara

Bersih 2.0 dan kumpulan hak asasi manusia Suaram bergabung tenaga berkempen untuk menyigkirkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar daripada berkuasa menyekat kebebasan bersuara dengan menahan ahli politik pembangkang dan aktivis untuk menyatakan pandangan mereka.

Kumpulan tersebut hari ini berkata mereka berusaha memaksa KPN untuk berundur dan ini termasuk dengan mengadakan protes secara aman.

Sebagai permulaan, perhimpunan aman akan diadakan setiap hari Sabtu di luar gedung Sogo di Kuala Lumpur dengan meminta KPN untuk meletak jawatan, kata mereka hari ini.

"Bagi perletakan jawatan beliau, kita perlu merangka strategi sama ada ia akan menjadi (dalam bentuk) petisyen atau meminta menteri dalam negeri mengadakan mesyuarat untuk membentangkan kes kami," kata pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Aktivis Bersih Hishamuddin Rais berkata, protes di luar Sogo akan diadakan setiap minggu dan menggesa orang ramai untuk menyertai sebagai tanda menyokong kempen ini.

"Jika anda benar-benar berminat untuk bertindak dan menunjukkan kelantangan, setiap hari Sabtu di Sogo pada pukul 4 petang, akan ada bantahan atau demonstrasi," katanya.




Sidang akhbar hari ini diadakan untuk mengutuk kawalan ketat pihak polis baru-baru ini ke atas orang-orang yang menyuarakan pandangan dengan mengkritik kerajaan, termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Penyelaras Kempen Lawyers for Liberty (LFL) Michelle Yesudas berkata, golongan yang mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza daripada kerajaan menjadi sasaran, sambil menambah trend itu tidak sihat kerana perkembangan hanya boleh berlaku apabila terdapat ruang untuk mengkritik.

"Ini bukan sesuatu yang baru ... ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi, kita perlu memahami dan perlu menerima hakikat ini," katanya berhubung kritikan terhadap mahkamah.

"Kita perlu mempunyai ruang untuk kritikan, agar kita mempunyai ruang untuk berkembang, kerana ini adalah demokrasi, kita perlu menjadi sebahagian daripada proses tersebut. Jadi berikanlah kami ruang, berikan kami ruang untuk menyuarakan perbezaan kita. Kemudian barulah kita boleh membuktikan bahawa kita adalah sebuah negara demokrasi," katanya.

Hishamuddin berkata, lebih baik sekiranya pihak polis memberi tumpuan untuk menangani rasuah dalam pasukan tersebut. – 24 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.