Followers

Sunday, February 8, 2015

Ku Nan enggan campur isu MCA-Ismail

 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mengulas berhubung gesaan MCA supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf.

Menjawab soalan pemberita, Tengku Adnan (kanan) berkata biarlah perkara itu diselesaikan oleh kedua-dua pihak itu sendiri.

“Itu biar dia (MCA) dan Ismail sahajalah” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemelut itu selepas merasmikan pelancaran Program Komuniti Ceria di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MCA bertegas agar Ismail memohon maaf atas kenyataan “salah, ekstrem dan rasis”supaya pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.