Followers

Sunday, February 8, 2015

Jutawan nafi dalangi serangan pada Dr M

 
 
Jutawan Jho Low menafikan dakwaan bahawa beliau mendalangi serangan terhadap pemilik media Datuk Tong Kooi Ong dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Internet.

Jurucakap Low berkata dakwaan itu “pelik” dan “palsu” kerana mangsa serangan itu dihormati beliau.

“Encik Low sudah menyatakan secara terbuka, Low hormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Tong Kooi Ong serta mengiktiraf pencapaian profesional mereka,” kata jurucakapnya.

Jurucakap itu juga berkata peguam Low sedang meneliti perkara itu dan akan membuktikan bahawa dakwaan Tong salah.

“Berhubung laporan dan tuntutan guaman, peguam Low akan membangkitkan perkara itu langsung dengan peguam Tong bagi mengesahkan bahawa kenyataan itu palsu dan tidak masuk akal,” katanya.

Tong, pemilik The Edge Media Group, Jumaat lalu mendakwa Low mendalangi serangan ke atasnya dan Mahathir melalui blog tertentu.

Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Low agar menghentikan “penipuan jahat” terhadap beliau dan medianya The Edge dan The Malaysian Insider.

Kandungan dalam blog berkenaan turut menyerang Nazir, tokoh korporat dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, kata Tong.
 
 
Malaysiakini
Jom kenali Gerombolan buat havok di kaki lima Pejabat Agong PAS Perhimpunan UG depan bangunan ibu pejabat PAS jalan Raja Laut. Baju Hijau tu hanyalah barua kepada Mahaguru mandi minyak di kanannya , di belakangnya pula itulah Tuk Usin Pondan.... Berikut merupakan isi kandungan Memo yang dihantar oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan pagi tadi.Transkrip yg saya paparkan di sini adalah secara ringkas tetapi tidak lari dari maksul asalnya, Korang boleh rujuk kepada salinan asal diakhir catatan saya ini nanti. Gerombolan ini kata buat nak sidang akhbar; tapi nampaknya lebih kepada buat demonstrasi di depan Pejabat Agong PAS. Rupa-rupanya gerombolan ini sudah hilang kepercayaan kepada Badan Disiplin PAS, parti sendiri ....alahai... tu yang buat demo di kaki lima pejabat! Gerombolan ni telan bulat-bulat apa yang Raja Petra tu kata....korang sendiri ada bukti apa? Sebab DAP tak layan dan tak ambik tindakan mahkamah? Aku nak tanya gerombolan ni : Apahalnya Mustafa Ali dgn kisah 'Spenda Londehnya' itu yg sampai la ni tidak berani ambil tindakan, apa cerita? Cakap biarlah berlapik, kan dah kena batang hidung sendiri! Dah tu pi tuduh JKPP tubuh PasMa bagai....PasMa tiada kaitan dengan PAS.Dia tak ada kuasa nak menentukan 'game' dalam PAS. PasMa adalah NGO yg berdaftar sebagai NGO yg sah. Bukan macam Geng Ustaz yg berdaftar sebagai 'Geng Ustaz Enterpris' tapi istihar diri sebagai NGO. Kemudian suruh pula ambil tindakan kepada ahli-ahli PAS yg terlibat dengan PasMa atas alasan Majlis Syura melarang ahli-ahli PAS daripada menyertai PasMa.Pundeklah kao! PasMa badan NGO yg berdaftar, aku ulang. Tiada mana-mana klaus dalam perlembagaan PAS yg melarang ahlinya terlibat dengan NGO. MSU ikut perlembagaan setan mana? Komplot ini mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini....bagai-bagailah gerombolan ni tuduh JKPP. Hoi mangkuk! Keputusan parti bukan diputuskan oleh Presiden seorang tetapi secara jemaah - wa amruhum syura bainahum dan wa syawirhum fil amr. Siapa yang sering buat U-turn? Semua orang tahuperkara itu. Jangan nak putar belit fakta. Apa yang Tulang Besi ramalkan memang tepat sekali. Korang dipersilakan baca entri saya bertarikh 24 Ogos di sini Desakan Terhadap Dr Hatta Ramli dan Kumpulan Konspirasi supaya meletakan kesemua jawatan dalam parti PAS Kebelakangan ini satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat serta untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama melalui kerja-kerja khianat dan di luar batasan Islam, antaranya : 1. Menanamkan kebencian di kalangan ahli PAS dan masyarakat umum terhadap Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama. 2. Memfitnah pemimpin-pemimpin yg dilihat bersama Tuan Guru seperti Setiausaha Agong PAS serta ahli keluarga presiden PAS. 3. Menubuhkan PasMa serta menyusun strategi untuk memecah belahkan kesatuan di kalangan ahli dan melakukan ‘grand design’ untuk menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama. 4. Mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama yg dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu didalam pakatan Rakyat. - Kewujudan komplot untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama. - Dewan Pemuda PAS Kuantan endesak mereka yg terlibat meletakan jawatan. -Komplot ini sangat bahaya , bukan sahaja boleh meruntuhkan parti malah pernah meruntuhkan kerajaan besar , Khalifah Othmaniyah 1924. - Keputusan-keputusan Parti Islam didalangi anasir-anasir luar digerakan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya. -Berdasarkan bukti yg kami dapati : Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini. - Dewan Pemuda PAS Kuantan percaya dakwaan Raja Petra, bahawa komplot ini melalui PasMa telah mendapat RM1.5 juta daripada DAP untuk menjatuhkan Presiden PAS; semata-mata kerana tiada sebarang penafian dan tindakan mahkamah daripada DAP. - Dewan Pemuda PAS Kuantan hilang kepercayaan terhadap badan disiplin kerana komplot ini telah menguasai lebih separuh daripada JKPP. Kes-kes ini menambahkan keyakinan kami terhadap komplot dari kalangan pimpinan kanan PAS yang secara jelas mengkhianati parti. Buktinya kes-kes kritikal yang tidak diambil tindakan : 1) Laporan terhada 5 kawasan haram Dewan Pemuda PAS di Johor yg sehingga kini tiada tindakan. 2) Tuan Hj Asmuni Awi yg dilantik semula sebagai Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sekalipun pemilihan penggal lepas dilihat berlaku penipuan sehingga pengundian ditangguhkan ke hari berikutnya. 3) Tiada tindakan diambil terhadap penggerak-penggerak PasMa yg terdiri daripada ahli-ahli PAS , sekalipun telah diputuskan oleh Majlis Syura agar ahli-ahli PAS tidak menyertai PasMa. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kuantan sekali lagi mendesak mereka yg terlibat meletakan kesemua jawatan dalam parti. Dewan Pemuda PAS Kuantan menamakan Dr Hatta Ramli antara pimpinan kanan PAS yg terlibat dgn komplot ini. Kami beraku janji akan membuat pendedahan demi pendedahan mengikut keperluan semasa. Dilampirkan bukti-bukti akuan berkanun beserta exhibit cetakan paparan skrin berkaitan. Fadhli Ibrahim Ketua Pemuda PAS Kuantan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.