Followers

Sunday, February 8, 2015

Wartawan veteran ramal Pakatan teguh walau Anwar dipenjara


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes Liwat II mungkin akan meningkatkan simpati anak muda yang anti kerajaan

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes Liwat II mungkin akan meningkatkan simpati anak muda yang anti kerajaan.

Datuk A Kadir Jasin, bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berpecah jika Ketua Pembangkang itu dipenjarakan atas kesalahan liwatnya, dan sebenarnya masih mampu untuk memenangi pilihan raya yang akan datang dan mengambil alih Putrajaya.

"Saya cenderung untuk berkongsi keyakinan beliau. PR ini tidak mungkin menderita serta-merta atas penahanan liwat keduanya," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times itu berkata pemenjaraan Anwar, sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan dan hukuman penjara ke atas beliau Selasa ini, ia boleh "meningkatkan keazaman gabungan alternatif  itu dan menggalakkan anggotanya untuk bersatu bersama-sama".

Ini berlaku walaupun terdapat "perbezaan ideologi yang dalam" antara mereka, kata Kadir, daripada pertengkaran yang sedang berlaku antara Islam PAS dan sekular DAP berikutan isu-isu seperti melaksanakan hudud, dan mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ia juga boleh mewujudkan pusingan simpati yang baru terhadap beliau, terutama dalam kalangan golongan muda anti kerajaan," kata Kadir.

Baru-baru ini Anwar berkata bahawa PR masih mempunyai sokongan yang padu daripada rakyat dan sokongan itu mampu meningkat sehingga 60% jika beliau dipenjarakan sekali lagi.

Pada pilihan raya umum pada Mei 2013 lepas, PR memenangi 52% undi popular, walaupun Barisan Nasional mendapat lebih banyak kerusi di Parlimen untuk membentuk kerajaan yang memerintah.

"Anwar mengisytiharkan 'Lawan Tetap Lawan' tidak kira sama ada beliau dipenjarakan atau tidak," kata Kadir.

Wartawan veteran itu meramalkan sokongan kepada Anwar akan datang daripada golongan muda. Katanya remaja yang berusia 10 atau 15 tahun pada tahun 1999 – dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar – kini berusia 25 atau 35 tahun, dan mereka adalah "orang-orang muda yang pemarah".

"Mereka tidak begitu tahu tentang apa yang berlaku pada abad yang lalu. Tetapi mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Malah kebanyakan penyokong setia  Umno mengakui Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan pengundi muda dengan hanya menjatuhkan Anwar dan PR, "katanya.

Memetik daripada kata-kata seorang Ahli Parlimen PKR yang Kadir tidak namakan, Kadir berkata idea PR tidak akan mati walaupun Anwar dipenjarakan sekali lagi.

"Pada mulanya ia didorong idealisme. Sekarang ia didorong kuasa yang mana haya terletak kepada rakyat," katanya.

Anwar mengemukakan rayuan liwat keduanya, kali ini terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Ketua Umum PKR itu meliwatnya pada tahun 2008.

Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar selama 7 hari pada bulan Oktober dan November tahun lepas akan mengeluarkan keputusan pada Selasa ini. – 8 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.