Followers

Wednesday, February 18, 2015

KENAPA SHAFEE TIBA TIBA MENJADI CACING "KEPANASAN" ??

Shafee anggap Majlis Peguam sudah jadi parti pembangkang

OLEH MD IZWAN



Published: 18 February 2015 7:02 AM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan kritikan yang dibuat terhadap keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengganggap Majlis Peguam kini sudah tidak lagi bebas dan menjadi seperti sebuah parti politik pembangkang.

Beliau menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka.

"Majlis Peguam kini sudah tersasar jauh, mereka tidak lagi bebas sebaliknya mereka menjadi parti politik kepada pembangkang," katanya pada satu forum yang penuh sesak dengan orang ramai di Kelana Jaya malam tadi.

Menjawab kritikan Leong berhubung penggunaan Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dalam pendakwaan kes Anwar melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Shafee berkata komen beliau itu tidak tepat.

"Leong bukan seorang peguam kes jenayah. Jadi, komen beliau tentang 377B dan 377C memang tidak tepat. Sebab, beliau tidak faham langsung fakta yang diturunkan dalam kes ini, iaitu (pengadu) Saiful sendiri berkata tidak rela, tapi terpaksa menyerah. Menunjukkan, beliau bukan sukarela mengikut kefahaman undang-undang," katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan Ambiga yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) membuat langkah salah memenjarakan Anwar, Shafee berkata beliau tidak memahami hujah yang cuba disampaikan peguam tersebut.

Kenyataan Ambiga itu memperlihatkan seolah-olah beliau mempertikaikan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dan menganggap BN sebahagian daripada sistem kehakiman.

"Apa hujah yang cuba beliau sampaikan?" soalnya.

Shafee juga menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka, Leong dan Ambiga, yang dianggap membuat kenyataan menghina mahkamah.

Susulan hukuman dijatuhkan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar pada 10 Februari lalu, Leong berkata, persepsi yang Anwar sedang dianiaya didorong "anomali yang amat nyata."

Ini termasuk katanya, kerana tiadanya tindakan dikenakan terhadap Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat yang didapati tidak melibatkan unsur paksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai. – 18 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.