Ibrahim menyelar tindakan kempen 'Rakyat Hakim Negara' kerana ia menghina undang-undang dan mahkamah negara.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan Anwar ini tidak sihat dan menghina mqahkamah dengan kempen tidak bersalah dan rakyat menjadi hakimnya.
“Ini soal perundangan dan bukannya politik Anwar dan sekutunya yang didakwa mengambil bahagian dalam menyampaikan ucapan yang bersifat menghina mahkamah,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Ibrahim dengan nada tegasnya mempersoalkan apakah keistimewaan Anwar sehingga tidak boleh disentuh dan didakwa.
“Jika menyentuh dan mendakwa dia (Anwar), pihak yan mendakwa akan dituduh melakukan konspirasi dan pendakwaan terpulih. Anwar juga seorang manusia biasa,” jelasnya.
Ibrahim juga mendakwa undang-undang di negara ini tidak boleh diperkasakan selagi wujudnya orang seperti Anwar.
Beliau berkata, puak-puak yang mencabar kehakiman dan keselamatan negara adalah golongan yang pelampau dan pengganas.
“Saya ingin mengingatkan penyokong Anwar supaya menghormati undang-undang negara. Sekiranya ingin bersimpati terhadap Anwar biarlah bertempat.
“Ini kerana kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ini kerana prinsip yang dibawa oleh Anwar tidak betul,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan kempen tersebut demi menjaga kedaulatan undang-undang dan keamanan negara.
“Ini kerana jika berlakunya perkara-perkara yang tidak baik, rakyat akan menjadi mangsa. Semua orang pastinya ingin rakyat dan negara ini selamat,” akhirnya.
Free Malaysia Today
Jawapanya senang sahaja: Lu Siapa Brahim?? YB DS Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.... Lu Pasir Mas pun Lu kalah - mau cerita apa lagi....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.