Followers

Thursday, February 5, 2015

NFC dikenakan diperintah bayar RM10 ribu..?? Adam Abu Bakar

 

Mahkamah juga telah membenarkan Izzah dan Saifuddin sebagai defendan untuk memanggil semula saksi jika perlu

National Feedlot Corporation NFCKUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng telah membenarkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapan kepada pihak defenden pertama dan kedua iaitu ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Mohamad Salleh yang juga bertindak sebagai plaintif telah dikenakan kos sebanyak RM10 ribu yang dibayar kepada Izzah dan Saifuddin atas tindakannya meminda jawapan pembelaan.

Mahkamah turut menetapkan bayaran sebanyak RM10 ribu tersebut mengambil kira faktor prejudis dan juga ketidakselesaan defendan.



Peguambela bagi kedua-dua pemimpin PKR itu, Syed Ismat Syed Muhamad memberitahu media, mahkamah juga telah membenarkan Izzah dan Saifuddin sebagai defendan untuk memanggil semula saksi jika perlu.

Bukan itu sahaja, Syed Ismat turut menyatakan 3 March 2015 merupakan tarikh untuk pengurusan semula kes kerana sebelum ini, pada 7 Januari 2015 hakim mahkamah telah menetapkan 4 Februari (hari ini) bagi penghujahan.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya memfailkan saman fitnah terhadap Nurul Izzah dan Saifuddin.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata, Nurul Izzah telah membuat kenyataan berhubung pendedahan oleh Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa beliau (Mohamad Salleh) telah membeli lapan unit kondominium di KL Eco City dengan menggunakan dana awam diperuntukkan kepada NFCorp.

Mohamad Salleh juga mendakwa kenyataan anggota Parlimen itu membayangkan beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli kondominium itu bagi kegunaan peribadi dan bukan untuk syarikat.



Beliau mendakwa berikutan kenyataan itu, maruah dan kredibilitinya sebagai seorang berpendidikan tinggi, ahli perniagaan dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tercemar dan dikritik orang ramai.

Beliau memohon ganti rugi am, teladan dan teruk dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada menerbitkan semula kenyataan itu.

FREE MALAYSIA TODAY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.