Followers

Tuesday, February 17, 2015

Anwar tabah untuk terus lawan – Wan Azizah - FMT

 
wan azizah300Ketua Umum PKR itu juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya “menentang kezaliman”

PETALING JAYA: “Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kuat semangat dan sihat. Dia tabah untuk terus lawan,” kata Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika menemui para penyokong Ketua Umum PKR itu di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Wan Azizah, Anwar juga mahu rakyat meneruskan perjuangannya “menentang kezaliman”.

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar kini semakin kurus sejak seminggu berada di penjara.

Hari ini, Anwar dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh bagi menghadiri kes beliau menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Pada minggu lalu, Anwar didapati bersalah kes liwat Mohd Shaiful Bukhari Azlan di mahkamah Putrajaya dan dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar mengadu ketidakselesaannya di penjara kerana tidak ada meja untuknya membaca dan tidur di atas tilam nipis.

Timbalan Presiden PKR itu ditemui ketika hadir menemui Anwar. Beliau ditemani Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin semasa menghadiri kes mahkamah pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.