KUALA LUMPUR – “Aku akan tembak kau dengan Subramaniam.” Demikian ugutan
bunuh yang diterima Naib Presiden MIC, M. Saravanan yang dipercayai
dilakukan oleh ahli kumpulan gengster menerusi satu panggilan telefon
pada sidang akhbar di ibu pejabat MIC di Menara Manickavasagam di sini semalam.
Ugutan tersebut turut dapat didengar dengan jelas oleh petugas media dan
ahli-ahli MIC selepas Saravanan mengaktifkan pembesar suara pada
telefon bimbitnya.
Pemanggil tersebut turut menyebut nama Datuk Seri S. Subramaniam
kerana Timbalan Presiden MIC berkenaan antara pemimpin yang turut
kecewa dengan kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel selepas
gagal menyelesaikan isu pemilihan semula parti seperti diarahkan
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Panggilan telefon ugutan bunuh berkenaan dibuat selepas lebih 20 orang gengster yang dipercayai diupah orang tertentu cuba menghalang Saravanan, Ketua Wanita MIC, M. Mohana dan Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh daripada memasuki ibu pejabat MIC sehingga menimbulkan kekecohan dan insiden tolak-menolak.
Saravanan (duduk di tengah), Sivarraajh (duduk di kiri) dan Mohana mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat MIC semalam.
Pergaduhan tersebut menyebabkan krisis parti tunjang masyarakat India
itu semakin memuncak apabila perselisihan faham antara pemimpin kanan
parti tesebut bukan sahaja gagal diselesaikan selepas hampir dua bulan,
bahkan kini didakwa melibatkan kumpulan gengster dan ugutan bunuh.
Selain dihalang memasuki ibu pejabat, kekecohan tersebut juga semakin
panas apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan dihambur dengan kata-kata
kesat.
Saravanan, Mohana dan Sivarraajh bersama para penyokong ketika itu
berhasrat mengadakan sidang akhbar khas mengenai usaha untuk
menyelamatkan parti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1
tengah hari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.