Followers

Thursday, January 29, 2015

Kah Kah Kah Takda Siapa Takut Pun Pada Brahim Ali PERKASA !!

Joseph Kurup tidak gentar saman Ibrahim Ali

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tegas dengan pendiriannya yang tidak akan bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tegas dengan pendiriannya yang tidak akan bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tidak gentar dengan tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengemukakan saman fitnah kerana melabelkan kumpulan itu sebagai ekstremis.

Kurup berkata, sebagai menteri yang menyelia portfolio perpaduan negara, menjadi pendiriannya untuk tidak bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Katanya, menjadi tanggungjawab beliau menghapuskan tindakan ekstremisme yang dibawa kumpulan pembela Melayu berhaluan kanan itu.

"Saya pasti sudah membuat sesuatu yang betul sehingga Ibrahim Ali menyaman saya.

"Saya akan buat apa sahaja yang perlu untuk mempertahankan perpaduan Malaysia dan sedia bersemuka dengan Ibrahim Ali atau sesiapa sahaja di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim pagi tadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, antara lain kerana gesaan Kurup terhadap Peguam Negara supaya membuka semula fail siasatan terhadap kenyataan Ibrahim mengenai isu bakar Bible.

Kurup pada 24 Disember tahun lalu semasa berucap di satu peridangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) mendakwa pertubuhan pembela Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Perkasa sebagai pengganas dan pelampau.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu dalam kenyataan menambah, perpaduan nasional amat penting bagi memastikan Malaysia terus maju mencapai misi negara maju menjelang 2020.

"Kerajaan akan terus berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan kerana ia khazanah negara yang tidak ternilai.

"Kegagalan melindunginya akan menyebabkan kemusnahan ekonomi dan pembangunan negara," katanya.

Ibrahim pada 26 Disember lalu turut failkan saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai berhubung isu sama, apabila dalam artikel yang diterbitkan Star Publications (M) Bhd menggambarkan beliau seorang pelampau agama dan memperlekehkan agama Kristian dan tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan undang-undang.

Dalam artikel itu, Ibrahim mendakwa kononnya beliau menggesa ibu bapa dan pelajar sekolah Melayu yang menerima Bible mengandungi perkataan Allah dan skrip jawi supaya membakarnya.

Dilaporkan wujud insiden pengedaran Bible kepada golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Januari 2013, apabila tiga lelaki Cina dikatakan mengedar sejumlah Bible kepada pelajar sekolah itu termasuk pelajar Islam di hadapan sekolah berkenaan.

Jabatan Peguam Negara pada Oktober tahun lalu memutuskan tiada pendakwaan terhadap Ibrahim mengikut Akta Hasutan 1948 selepas mendapati tiada kecenderungan untuk menghasut dalam ucapan bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu pada Januari 2013.

Menurut jabatan itu, Ibrahim tidak berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam. – 28 Januari, 2015.


 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.