Followers

Saturday, January 24, 2015

Penentang undi ketiga anti-demokrasi, kata bekas ahli majlis OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, undi ketiga akan menjadikan jurang antara kumpulan etnik dan meluaskan lagi jurang bandar-desa, kerana bukan Melayu yang akan mendapat lebih manfaat berbanding kaum Melayu

Mereka yang menentang pilihan raya kerajaan tempatan adalah anti-demokrasi, kata peguam dan bekas Ahli Majlis Petaling Jaya Derek Fernandez dan menambah keengganan mengembalikan undi ketiga berkaitan dengan sokongan parti, kuasa dan kawalan – sesuatu yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

"Akhirnya parti berkuasa mahu mengawal sepenuhnya kerajaan daerah yang dilihat sebagai alat bernilai untuk mempromosikan minat individu ahli parti ataupun penaung mereka, dan untuk memberikan ganjaran kepada ahli kerana menyokong parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Fernandez yang pakar dalam undang-undang kerajaan tempatan berkata, ahli majlis daerah sebenarnya adalah kerajaan kelas ketiga yang mempunyai kuasa besar terhadap rakyat dan berkuasa mengenakan cukai ke atas pembayar cukai.

Oleh itu, pilihan raya untuk pegawai yang memegang jawatan tersebut perlu untuk mengekalkan kerajaan daerah yang telus dan bertanggungjawab kepada umum.

"Bagaimanapun, struktur yang ada kini seperti melayan mereka sebagai jabatan atau agensi kerajaan persekutuan seperti kes Majlis Bandar dan kerajaan negeri masing-masing, dalam kes kerajaan daerah yang lain," tambahnya.

"(Untuk mempunyai kredibiliti dan kebertanggungjawaban) tidak kurang daripada pilihan raya kerajaan daerah yang diperlukan, bukan sahaja untuk Majlis Bandar, tetapi untuk semua kerajaan daerah," kata peguam itu.

Topik pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kembali ke media lagi sementara sekutu pembangkang PAS dan DAP bertelagah tentang perkara itu, dengan DAP sekali lagi menyeru undi ketiga dikembalikan selepas dimansuhkan pada 1976.

Parti Islam PAS, bagaimanapun, sudah lama menentang pilihan raya PBT.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, undi ketiga akan menjadikan jurang antara kumpulan etnik dan meluaskan lagi jurang bandar-desa, kerana mereka yang lebih bermanfaat ialah bukan Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.

Hadi juga menimbulkan insiden rusuhan kaum 13 Mei, 1969 dalam menolak seruan DAP untuk pilihan raya PBT.

Pada 2008, hanya DAP dan PKR meletakkan pengembalian undi ketiga dalam senarai janji manifesto mereka dalam pilihan raya umum tahun itu.

Kekuatan DAP selama ini adalah pada kerusi bandar, manakala gabungan Pakatan Rakyat (PR) berprestasi lebih baik di kawasan bandar, memenangi 87% kerusi bandar berbanding 13% Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

Sebagai reaksi terhadap Hadi, Pengarah Eksekutif PersatuanKesedaran Komuniti Selangor(Empower) Maria Chin berkata pembayar cukai perlu diberi hak untuk memilih siapa yang patut mewakili mereka.‎

"Pilihan raya demokrasi di peringkat ketiga kerajaan adalah penting untuk menyatakan kehendak rakyat," katanya.

Tanpa mereka, prinsip asas demokrasi yang perlu ada dalam konsep demokrasi yang "tiada cukai tanpa perwakilan" diabaikan.

Dengan melantik ahli majlis tempatan,beliau berkata kerajaan negeri sebenarnya mengatakan “kami tahu apa yang terbaik untuk anda, dan kami akan membuat pilihan untuk anda".

Pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di bandar-bandar utama sehingga ia digantung pada 1965, dan kemudian dimansuhkan pada 1976.

Maria, Empower adalah antara 47 badan bukan kerajaan yang membuat Gabungan Tadbir Urus berkata, masyarakat sivil juga mendesak undi ketiga diperkenalkan semula.

"Tidak logik tidak melakukan pilihan raya ahli majlis tempatan untuk menguruskan isu-isu tempatan sedangkan ada pemilihan untuk memilih kerajaan negeri dan persekutuan," kata Maria, sambil menambah Hadi terlepas pandang ‎faktor itu dengan menimbulkan kemungkinan berlakunya ketegangan kaum.

Turut bersetuju dengan Fernandez, beliau bersetuju pelantikan dan jawatan majlis tempatan berkait rapat dengan pihak-pihak berkuasa dan sering bermaksud untuk menjadi sebahagian daripada mekanisme penaung.

Beliau juga berkata ahli majlis yang dilantik tidak bertanggungjawab kepada rakyat untuk wang yang dibelanjakan.

Terdapat 144 majlis tempatan di Malaysia dengan perbelanjaan gabungan sebanyak lebih daripadaRM13 bilion.

Maria menambah terdapat kekurangan ketelusan dalam bagaimana perkara majlis dibincangkan dan diputuskan.

Minggu lepas, felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat memberitahu sebuah forum tentang topik tersebut, yang tiada perbezaan antara Putrajaya dan mafia kepada pembayar cukai, kerana cukai sedang dibayar tanpa perwakilan.

"Kuala Lumpur tidak mempunyai pilihan raya negeri. Datuk Bandar Majlis Perbandaran dilantik oleh kerajaan persekutuan di Putrajaya.

"Pembayar cukai tidak diwakili. Mereka hanya membayar cukai untuk perkhidmatan. Ini sama seperti mafia yang mengumpul wang sebagai balasan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penentang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.