Followers

Saturday, January 24, 2015

Muhyiddin, naib canselor UM patut letak jawatan, kata Kit Siang


Demonstrasi besar-besaran di Universiti Malaya termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus antara punca jawatan dua timbalan naib canselornya tidak disambung. –

Demonstrasi besar-besaran di Universiti Malaya termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus antara punca jawatan dua timbalan naib canselornya tidak disambung. –

Dua timbalan naib canselor Universiti Malaya (UM) tidak seharusnya dijadikan korban sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin yang patut meletak jawatan, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata, Muhyiddin selaku menteri pendidikan perlu metakkan jawatan kerana membiarkan campur tangan politik berterusan terhadap kecemerlangan dan kebebasan akademik di UM.

"Amin pula kerana gagal mempertahankan staf akademik dan anak mahasiswa UM daripada campur tangan politik dari Putrajaya.

"Terdapat usaha-usaha tanpa henti oleh para birokrat di Putrajaya, mematuhi arahan tuan-tuan politik mereka, untuk meneruskan projek pembodohan ke atas populasi universiti, tidak kira ahli akademik mahupun mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor tidak akan disambung kontraknya sementara seorang lagi Timbalan Naib Canselor Datuk Dr Rohana Yusof yang menguruskan hal ehwal pelajar “terlalu berlembut” dengan pelajar.

Kontrak selama tiga tahun Hamdi tamat 31 Disember lalu dan beliau kini merupakan pensyarah biasa di Fakulti Kejuruteraan UM dan dikatakan bakal mengambil cuti belajar (sabatikal) tidak lama lagi.

Lim berkata mesyuarat Kabinet pada Rabu ini mesti bertindak untuk menarik balik keputusan menghukum dua timbalan naib canselor tersebut.

Katanya, universiti di Malaysia mesti menjadi lapangan pertembungan idea dan bukannya tempat membungkam pemikiran.



"Tragedi yang melanda UM ialah ia sudah jatuh takhta daripada menjadi sebuah universiti utama dunia pada zaman 1970-an dan ditinggalkan jauh oleh universiti setaraf dengannya.

"Tidak ada tanda-tanda UM akan kembali menduduki tangga berprestij dunia dari segi kebebasan dan kecemerlangan akademik yang pernah didudukinya sekitar 40 tahun lalu," katanya.

Semasa Hal Ehwal Pelajar UM di bawah jagaan Rohana, demonstrasi besar-besaran di universiti berlaku termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus.

Pelajar juga berkhemah di kampus November lepas untuk memprotes tindakan disiplin terhadap 8 rakan mereka yang membawa Anwar masuk.

UM yang ditubuhkan pada 1949 melahirkan ramai pemimpin negara, menteri dalam kerajaan, ahli politik dan pemimpin masyarakat tetapi pelantikan pihak yang mengetuai universiti dibuat kerajaan pusat.

Sumber berkata menurut rekod Hamdi, beliau dianggap sebagai profesor termuda dan cemerlang di universiti itu apabila dilantik sebagai profesor penuh pada 2010 ketika berumur 39 tahun, semasa menjadi dekan Fakulti Kejuruteraan UM.

Hamdi yang berasal dari Muar merupakan zamalah kepada Institution of Mechanical Engineers (United Kingdom) dan jurutera berdaftar dengan UK Engineering Council.

Sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan pelantikan Amin sebagai naib canselor baharu, pelbagai isu melanda UM.

Amin gagal mempertahankan dan tidak mempunyai pendirian apabila Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas berhubung isu krisis Perlembagaan di Perak.

Terbaru pendiriannya dalam isu hukuman gantung dua semester terhadap Fahmi Zainol kerana membawa Anwar masuk ke kampus.

Kebanyakan warga UM tidak berpuas hati dengan kes ini kerana universiti terlalu mengambil sikap memihak.

Bagaimanapun UM membenarkan pemimpin Umno bertemu pelajar, tetapi Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan alumni UM tidak dibenarkan.

Amin dikatakan terlalu lemah dan tiada pendirian dalam pembela kakitangan dan kepentingan UM selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bermula 8 November 2013.

Berbeza dengan Ghauth yang dikenali kerana ketegasannya mempertahankan kakitangan akademik daripada diganggu orang politik.

Ketegasan beliau membenarkan UM menikmati kebebasan akademik ketika memimpin universiti tertua itu. – 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.