Followers

Sunday, January 25, 2015

Biarkan geng Dr Mahathir ‘balun’ Najib hingga musnah, kata ahli Parlimen DAP


 
Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. –

Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. –

Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dibiarkan melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia merupakan cara menghancurkan Umno, kata seorang wakil rakyat DAP.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, Najib dan Dr Mahathir memainkan peranan mereka masing-masing memberikan ancaman dari dalam yang melemahkan pihak lawan.

“Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia (Tun) Daim (Zainuddin) dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence (kelemahan) Najib.

“Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib. Umno sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam,” katanya menerusi blog peribadinya, Sakmongkol AK47, hari ini.

Ariff yang merupakan seorang bekas pemimpin Umno Pahang turut mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirasakannya bekerjasama dengan Najib dalam isu kes siasatan rasuah terhadap Daim, yang pernah menjadi menteri kewangan satu ketika dahulu.

Menurut Ariff (gambar, kiri), sekiranya Najib berjaya mengatasi ancaman dalaman, presiden Umno itu akan menjadi kuat dan menunjukkan keangkuhannya.

“Bila kuat, orang putih kata ada hubris (keangkuhan); ini orang tersebut terpisah dari realiti dan over estimate kepentingan dan kehandalan dia.

“Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai-macai di kelilingnya naik tocang,” katanya.

Beliau berkata Najib juga gagal sebagai perdana menteri dan menteri kewangan apabila hutang rasmi negara pada tahun lalu mencecah RM570 bilion.

Katanya, Najib sebagai perdana menteri gagal memberikan kepimpinan, hala tuju dan pengisian makna.

“Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib perdana menteri dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya syorkan kepala mereka diperiksa doktor.

“Hutang rasmi 2014 ialah RM570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100 hingga RM200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.

“Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan cetak duit pokok pisang seperti zaman Jepun. Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai perdana menteri dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara,” katanya.

Sebelum ini, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin mendakwa Anwar terperangkap dalam permainan penyokong Najib untuk menutup mulut dua pengkritiknya yang berpengaruh.

Kadir berkata, berbanding Anwar, musuh utama Najib sekarang ialah Dr Mahathir dan Daim.

"Mohd Najib tentu tahu Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin. – 25 Januari, 2015.



The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.