Followers

Thursday, December 25, 2014

Terengganu arah batal semua majlis hiburan sempena ambang 2015


Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu 2015 dibatalkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri.

"Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantu mangsa) banjir yang melanda di daerah dalam Terengganu.

"Oleh itu kerajaan mengarahkan segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baru yang kita (kerajaan negeri) rancang akan turut dibatalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Samiun yang juga pemangku datuk bandar Kuala Terengganu berkata tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir. –

Bernama Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.