Followers

Friday, December 26, 2014

Perbadanan Putrajaya batal sambutan tahun baru 2015



Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ambank Group mengumumkan program sambutan AmPerbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir.

Perbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir.

Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang dijadualkan berlangsung pada malam tahun baru dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat menerusi status laman Facebook PPj pada jam 6 petang tadi.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengesahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan.

Terdahulu selepas menerima desakan pelbagai pihak supaya sambutan sempena tahun baru dibatalkan, PPj bertindak mengadakan perbincangan dengan penganjur iaitu Ambank bagi membatalkan acara tersebut.

Dalam tulisan di laman Facebooknya, ia berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur, iaitu Kumpulan Ambank, untuk membatalkan sambutan tersebut.

"PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, tetapi program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan Ambank dan pihak kami sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan ini," katanya.

Hampir 5 negeri dilanda banjir ketika ini dengan lebih 90,000 penduduk seluruh negara yang terjejas dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir, kejadian terburuk dalam sejarah negara.

Tiada tanda hujan akan berhenti khususnya di Kelantan dan Terengganu, dua negeri di pantai timur yang terjejas teruk selain Pahang, Perak dan Johor.

Sementara itu, pengguna Facebook menulis komen menggesa PPj membatalkan majlis sempena tahun baru yang dijadualkan pada 31 Disember tersebut, dan menggesa Ambank sebaliknya membantu mangsa banjir.

"Ambank itself bole ubah budget dr buat sambutan berbentuk hiburan, salurkan bantuan kepada mangsa banjir. I'm sure that budget utk sambutan ambang2015 bukan ciput2!," kata pengguna Facebook, Dilla Haris.

"Lagi terpuji jika Ambank salurkan bantuan kepada mangsa banjir..inshaallah akan ada keberkatan buat Ambank nanti," kata seorang lagi pengguna Facebook, Jamil Lun dalam laman Facebook PPj.

Ketika artikel ini ditulis, hampir 861 komen yang majoritinya menyokong sambutan tersebut dibatalkan.

Di Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menitahkan agar semua sambutan Tahun Baru termasuk anjuran kerajaan negeri dibatalkan dan mahu solat hajat diadakan di semua masjid memohon agar banjir yang melanda negeri itu segera pulih.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam kenyataan hari ini menggesa kerajaan tidak menyokong sambutan ambang tahun baru yang menelan belanja jutaan ringgit ketika masyarakat di pantai timur sedang menghadapi bencana banjir.

Di Selangor, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata sambutan peringkat negeri akan diteruskan tetapi dalam skala sederhana - tidak mewah dan tidak membazir wang rakyat dengan unsur hiburan - demi menghormati mangsa banjir di negeri pantai timur.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim sebelum ini berkata, lebih 500,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Putrajaya di Presint 3 Putrajaya bagi memeriahkan konsert Ambang 2015 itu yang akan bermula dari 8.30 malam 31 Disember sehingga 1 pagi 1 Januari 2015.

Selain mengira detik tahun baru dan pertunjukan bunga api, konsert itu akan menampilkan selebriti terkenal seperti Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, David Arumugam, Amy Search, Sweet Charity, Hafiz, Suki, Goldkartz, Awal Ashaari dan Fara Fauzana. – 25 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.