Followers

Thursday, December 25, 2014

Batal kerjasama dengan PAS pandangan peribadi Gobind, kata Azmin - OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. –

Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. –

Cadangan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo supaya Pakatan Rakyat (PR) membatalkan kerjasama dengan PAS kerana kedegilan parti Islam itu mahu melaksanakan hukum hudud cuma pandangan peribadi beliau, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, keputusan PR tetap sama, iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju tentang pelaksanaan hudud kerana ia bukan dasar bersama tiga parti itu.

"Itu pandangan peribadi (Gobind), keputusan PR tetap sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Wisma Eagle, Subang Jaya, hari ini.

Gobind dalam kenyataannya semalam berkata, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan PAS jika pembentangan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud diteruskan kerajaan Kelantan.

"Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang undang-undang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," katanya. – 25 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com

Batal kerjasama dengan PAS pandangan peribadi Gobind, kata Azmin

Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Keputusan Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud PAS masih kekal, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Cadangan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo supaya Pakatan Rakyat (PR) membatalkan kerjasama dengan PAS kerana kedegilan parti Islam itu mahu melaksanakan hukum hudud cuma pandangan peribadi beliau, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan presiden PKR itu berkata, keputusan PR tetap sama, iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju tentang pelaksanaan hudud kerana ia bukan dasar bersama tiga parti itu.
"Itu pandangan peribadi (Gobind), keputusan PR tetap sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Wisma Eagle, Subang Jaya, hari ini.

Gobind dalam kenyataannya semalam berkata, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan PAS jika pembentangan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud diteruskan kerajaan Kelantan. "Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang undang-undang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," katanya. – 25 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/batal-kerjasama-dengan-pas-pandangan-peribadi-gobind-kata-azmin#sthash.dehVe1Kp.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.