Followers

Tuesday, December 9, 2014

Rafizi pertahan kenyataan 'cincin mahal', jumpa Najib di mahkamah - (Oleh Amirul Azhan)


KUALA LUMPUR 9 DIS: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli bertegas akan tetap mempertahankan ucapan beliau berkaitan ‘cincin mahal’ Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah kelak.

Katanya, jawapan kepada surat tuntutan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya itu telah dihantar melalui peguamnya, N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

“Saya tegaskan bahawa ucapan yang saya tuturkan itu sememangnya berkepentingan awam kerana ia bersabit dengan dasar negara.

“Saya yakin kritikan saya berdasarkan tindakan Najib yang menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan saya akan pertahankan ucapan itu di mahkamah kelak,” jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Najib dan Rosmah menghantar surat guaman untuk menyaman Rafizi ekoran kenyataannya berkaitan ‘cincin mahal’ Rosmah dalam satu program di Kuala Lumpur yang disiarkan di Youtube.

Rafizi berkata, sehingga kini beliau masih menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Rafizi turut mempersoal kemampuan Najib dan Rosmah yang tidak mampu menjawab kritikan dan sebab itu mereka mengambil langkah untuk menyamannya.


Posted by Wak Labu Farm.M

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.