Followers

Tuesday, December 9, 2014

Pilihan Yang Tepat.....

 
Azmin Ali yang ku kenali semenjak YB DS Anwar Ibrahim dipecat pada bulan September 1998,  adalah seorang pejuang dan sahabat setia bersama DS Anwar dalam suka dan duka.

Ada juga yang masih tidak berpuas hati dengan perlantikan beliau sebagai MB Selangor yang baru mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Kononnya  Azmin Ali melobikan dirinya sendiri untuk dipilih.  Ini hanya kenyataan seorang yang "desperado".

Mula berkerja bersama dengan DS Anwar Ibrahim apabila diminta oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1987.   Mahathir mengenali Azmin semasa Azmin masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana. 

 
Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

Sejak pemecatan DS Anwar pada tahun 1998,  berbagai bagai fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar dan Azmin.  

Setelah DS Anwar dipenjara,  Azmin Ali lah yang diamanahkan untuk menyambung perjuangan REFORMASI 1998. 
Dihari kematian ibu kandung DS Anwar Ibrahim yang saya sekeluarga turut hadir,  saya lihat betapa kasih dan sayangnya Azmin Ali terhadap Anwar.

Semasa DS Anwar dalam penjara Sg. Buloh,  Azmin boleh saja mengikut jejak langkah 11 Budak Hitam yang melompat keluar PKR dan masuk UMNO dengan ganjaran yang besar.  Tetapi,  beliau tetap juga mahu bersusah payah bersama dengan Parti PKR pimpinan Dr. Wan Azizah.

Ramai yang berpendapat perlantikaan Azmin Ali sebagai MB Selangor sudah kena pada tempatnya dan adalah pilihan yang tepat.  Azmin Ali setelah dilantik, terus menunjukkan prestasi yang baik dengan slogan "DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT".

Azmin Ali sanggup turun sendiri melihat masaalah rakyat tanpa mengharapkan lapuran yang biasa diberitakan dari Ahli Majlis atau Exco Negeri.

Mungkin beliau merasa bertanggungjawab terhadap rakyat dengan keadaan ekonomi yang agak sempit ketika ini.  Maka beliau merasa berpuas hati jika beliau turun padang dan melihat sendiri.




Dengan itu,  jika ada mana mana pihak yang tidak puas hati dengan cara beliau mentadbir Selangor,  saya rasa tidak adil jika kita menilai pada ketika ini,  berilah beliau sedikit masa lagi,  untuk beliau buktikan apa yang dia kata akan dikotanya.

Akhir kata, mari lah kita berdoa agar beliau terus berjuang untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat di Selangor ini dan mentadbir Selangor dengan adil seadilnya.  Amin.





ZAR ALI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.