Mufti Wilayah Persekutuan |
Kenyataan media oleh Mufti Wilayah Persekutuan ini membuktikan Menteri
Di Jabatan Perdanan Menteri, Jamil Khir Baharom sah menggunakan wang
zakat untuk kegunaan kos guamannya menentang tuntutan qazaf yang di
kemukakan oleh Anwar Ibrahim. Diharapkan Jamil Khir Baharom menarik
semula penafiannya sebelum ini. Kenyataan Mufti ini bahawa penggunaan
wang zakat untuk kos guaman MAIWP mengikut hukum syarak di bawah asnaf
fisabilillah agak mengejutkan kerana kes itu melibatkan usaha menentang
tuntutan qazaf yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.
Adakah "halal" bagi MAIWP menggunakan wang zakat untuk menentang usaha Anwar Ibrahim menggunakan hukum Allah? Cuba baca maksud fisabilillah dalam konteks yang dinyatakan: segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. Takutkan Allah Tuan Mufti, jangan takutkan UMNO sahaja kelak menyesal di kemudian hari.
Penggunaan Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP Ikut Hukum Syarak - Mufti WP.
KUALA LUMPUR, 11 Jan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.
"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.
"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media
baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh
MAIWP.
Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.
"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. ~bernama/dcm
Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.
"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. ~bernama/dcm
kalau dah umno, umno jugalah,tak kiralah dia tu pak mufti ke,orang awam.tak ada maknanya jadi mufti
ReplyDeleteini lah orang yang akan lagi menyesatkan umat islam...kalau nak cari makan pun biarlah jangan sampai mengadaikan akidah islam...
ReplyDeleteDidunia ni hampa nak buat apa pun buat lah , di Akhirat nanti hampa jumpa dengan balasan Allah Yang maha Agun.
ReplyDelete