Followers

Thursday, December 11, 2014

Polis, DBKL gempur 'Occupy UM'...??

 
 

Sepasukan anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul untuk menggempur tapak perkhemahan 'Occupy UM' pada petang ini.

Pasukan itu tiba pada kira-kira jam 3 petang dan di hadapan pintu masuk Universiti Malaya petang ini dengan dua kereta polis dan satu trak DBKL.



Dalam keadaan hujan lebat, para mahasiwa berkenaan menurut arahan tersebut dan merobohkan khemah berkenaan.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Safwan Shamsudin berkata, mereka mempertimbangkan untuk mendirikannya semula kelak.



“Kami sudah menurunkan khemah yang kami dirikan, kerana kami tak mahu mereka angkut khemah kami.

"Mungkin kami akan naikkannya semula nanti," ujarnya kepada Malaysiakini.

Katanya, pihak DBKL turut mengarahkan mereka menurunkan salah satu helaian plastik yang dijadikan tempat mereka berteduh.

Tambahnya, kumpulan mahasiswa itu enggan menurunkannya kerana ia menjadi tempat mereka berteduh.

“Sekarang ni hujan lebat, kami Cuma minta tempat untuk kami berteduh,” katanya.









Perkhemahan siswa berkenaan masuk hari kedua pada hari ini.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.