Followers

Thursday, December 11, 2014

Air bertakung lagi di KLIA2...??

  

 Hujan lebat yang melanda KLIA2 menyebabkan air bertakung sekali lagi di kawasan pelataran lapangan terbang tersebut walau kementerian pengangkutan telahpun berjanji untuk memperbaikinya.

"Kita akan baikinya,” kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas melawat kawasan yang ditakungi air di lapangan terbang tersebut hari ini.

Liow yang mengumumkan nama anggota Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 berkata, jawatankuasa itu sudah diarahkan untuk menyiapkan laporannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

“Saya beri mereka tempoh beberapa bulan untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas pelataran KLIA2 dan juga ke atas isu keselamatan,” katanya.

Ditanya mengenai masalah yang dikenalpasti oleh kontraktor lapangan terbang tersebut, Liow berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.

Katanya, laporan audit oleh jawatankuasa bebas itu akan didedahkan kepada umum bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Jawatankuasa berkenaan diketuai oleh presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik, Chuan Hean Teik serta tiga lagi anggota.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.