Followers

Tuesday, December 9, 2014

PBS buat laporan polis 'projek IC'

 
KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan 'kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)' berdasarkan hasil siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Anggota Majlis Tertinggi (AMT) parti itu, Chin Teck Ming bersama-sama Ketua PBS Bahagian Sulaman, Rakam Sijim dan Ketus Penerangan PBS Bahagian Tandek, Datuk Webly Disim membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 9 pagi ini.

Turut hadir Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Penerangan PBS Pusat, Datuk Jahid Jahim.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Chin berkata pihaknya berpandangan bahawa keterangan lima saksi berhubung kewujudan 'keberangkalian projek IC' pada muka surat 346 dan 347 laporan itu adalah berwibawa dan polis perlu menyiasatnya.

"Projek IC merupakan perbuatan pengkhianatan pada tahap tertinggi ... kita mahu pihak polis menyiasat segera termasuk membawa pengkhianat-pengkhianat terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Laporan RCI diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas, membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram. - 

Bernama

KedahLanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.