1. Doa seorang Menteri Kanan Umno telah dimaqbulkan oleh Allah. Menteri tersebut menulis dalam twitternya yang diprintscreen oleh beliau dan dikongsi dalam WhatsApp group yang saya salah seorang ahlinya "saya maklum kepada pemberita tentang harapan agar OPEC tak kurangkan pengeluaran minyak, maka Kerajaan boleh turunkan Ron95 di Malaysia".
2. Hari ini doa tersebut telah dimaqbulkan. Satu artikel
dalam Berita Harian hari ini menyebut pada mukadimahnya "saham mewah Bursa
Malaysia menjunam pada minggu lalu dicetuskan dengan kejatuhan jualan asing
mendadak pada saham minyak dan gas berikutan harga minyak mentah susut di bawah
AS$65 satu tong, selepas OPEC memutus untuk tidak mengurangkan pengeluarannya".
3. OPEC tidak mengurangkan pengeluarannya, maka harga RON95
sudah turun iaitu RM2.26 sen seliter iaitu turun 4 sen daripada sebelumnya. Betullah
kata menteri tersebut!
4. Berkat doa menteri tersebut, bayaran yang perlu
ditanggung oleh negara dek keinginan turun 4 sen harga RON95 ialah negara
kehilangan hasil petroleum yang sangat besar mungkin melebihi RM35 bilion!
5. Asasnya ialah sepertimana laporan Berita Harian hari ini
juga pada halaman B3 "angka kewangan nampak kurang menyenangkan. Dijangkakan
bagi setiap penurunan AS$1 harga minyak mentah, pendapatan negara secara teori
boleh menyusut RM1 bilion (RM1000, 000,000)".
6. Dengan harga minyak mentah antara AS$100-AS$110 sebelum
ini, Petronas menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM68 bilion pada
tahun lalu. Pada minggu lalu, Petronas mengumumkan hanya mampu menyumbang
kepada kerajaan sebanyak RM43 bilion sahaja kepada pendapatan negara jika harga
minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong. Tapi sekarang harga minyak berkat
doa menteri ialah AS$65 setong. Berapakah kerugian pendapatan negara sekarang?
7. Kerana kedekut dan bakhil untuk memberikan subsidi minyak
berjumlah RM20 bilion setahun dan kerana kemaruk untuk menarik subsidi rakyat
yang dikosmetikkan dengan alasan "merasionalkan subsidi minyak" Allah
telah menarik hasil negara RM25-35 bilion!
8. Maafkan saya wahai saudaraku menteri, nasihat ikhlas
saya, berhati-hatilah apabila mahu berdoa! - http://www.harakahdaily.net
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang
juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.