Followers

Thursday, December 4, 2014

Najib kekal Akta Hasutan demi kepentingan sendiri, kata PAS OLEH MELATI A. JALIL

Najib kekal Akta Hasutan demi kepentingan sendiri, kata PAS

OLEH MELATI A. JALIL

Published: 3 December 2014

Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu.

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukanlah untuk melindungi orang Melayu dan Islam tetapi mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Umno, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sementara isu seperti tanah rizab Melayu tidak perlu dikukuhkan melalui Akta Hasutan.

“Terdapat bukti kukuh Akta Hasutan tidak dapat melindungi kesucian Islam dan Melayu. Tanah rizab Melayu banyak berkurangan walaupun dengan penguatkuasaan Akta Hasutan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.

Mahfuz berkata PAS dan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mempertikaikan peruntukan Perlembagaan berhubung kedudukan Islam, raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tetapi akta itu akan disalah guna untuk melindungi kuasa Barisan Nasional (BN).

“Perlembagaan negara lebih besar daripada Akta Hasutan.

“(Tetapi) kandungan dan perkara di bawah akta itu cenderung kepada pendakwaan terpilih dan berat sebelah untuk tujuan politik. Bukan untuk melindungi keharmonian nasional,” katanya.

Mahfuz berkata, akta itu boleh disalah guna kerana pihak pendakwa tidak perlu membuktikan tertuduh berniat melakukan hasutan.

"Ini yang kita lihat banyak pendakwaan dibuat atas asas ini, sementara motif sebenar ialah menghalang kebebasan bersuara dan melindungi kelemahan kerajaan."

Katanya, negara sudah mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi seperti Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi menangani kes penghinaan terhadap sesama kaum dan agama. 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS akan meneruskan kempen sehingga akta berkenaan dimansuhkan.

Beliau juga menggesa Najib mendedahkan keputusan akhir kerajaan terhadap draf Akta Keharmonian Nasional yang dirangka Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.

"Beliau (Najib) patut mendedahkannya kepada orang ramai supaya dapat dipertimbangkan mana yang yang lebih baik," katanya.

Menyentuh isu Timbalan Speaker DUN Selangor, Mahfuz berkata tiada keperluan melantik timbalan speaker kedua kerana tempoh sidang DUN tidak sepanjang sidang Dewan Rakyat.

"Di peringkat Parlimen, kita ada dua timbalan speaker kerana kadang-kadang, debat contohnya mengenai bajet, boleh berlanjutan sehingga dua bulan.

"Tiada keperluan mendesak untuk timbalan speaker II. Ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan negeri yang boleh disalurkan kepada pembangunan lain."

Seorang wakil rakyat PAS dipilih menduduki kerusi timbalan speaker berikutan rombakan dalam PKR dan kemelut menteri besar Selangor, yang berakhir selepas Sultan melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu .

Adun DAP Sekinchan Ng Suee Lim berkata jawatan timbalan speaker II perlu diwujudkan untuk seorang wakil rakyat DAP bagi mengimbangi pemberian jawatan dalam kerajaan negeri antara ketiga-tiga parti PR. – 3 Disember, 2014.

Malaysia Insider. Datuk Mahfuz Omar berkata terdapat bukti kukuh Akta Hasutan gagal melindungi kesucian Islam dan hak Melayu.

Malaysia Insider.
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.