Followers

Thursday, December 4, 2014

Kerajaan setuju terima syor RCI tubuh jawatankuasa tetap Pati



Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan jawatankuasa kerja yang bakal ditubuhkan akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan jawatankuasa kerja yang bakal ditubuhkan akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Kerajaan bersetuju menerima syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Sabah supaya sebuah jawatankuasa tetap ditubuhkan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan laporan RCI di Kota Kinabalu hari ini berkata jawatankuasa tetap itu akan dipengerusikan bersama oleh menteri dalam negeri dan ketua menteri Sabah, yang akan melaporkan kepada jemaah menteri Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.


"Keahlian, terma rujukan serta bidang kuasa jawatankuasa itu akan ditetapkan pada masa terdekat," katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Penguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Saripuddin Kasim yang sebelum ini Setiausaha RCI dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Pada masa sama, Ali berkata sebuah jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitingan akan ditubuhkan.

Menurutnya jawatankuasa kerja itu antara lain akan meneliti isu-isu dibangkitkan oleh laporan RCI serta maklum balas, aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap.

Beliau berkata RCI sebelum itu mengesyorkan dua cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan iaitu penubuhan jawatankuasa tetap itu dan akan dibantu suatu jawatankuasa pengurusan pendatang asing yang diberikan kuasa secukupnya.

Sekiranya cadangan itu tidak dipersetujui oleh kerajaan, RCI mengesyorkan supaya suatu majlis penasihat mengenai pendatang asing ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh profesional dan dianggotai pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat, tokoh akademik, wakil perundangan, wakil Pejabat Peguam Negeri dan lain-lain pihak yang bersesuaian.

Ali berkata dalam mencari penyelesaian ke atas isu kebanjiran Pati di Sabah, suruhanjaya meneliti tiga cadangan, daripada saksi-saksi.
 

 
Menurutnya cadangan pertama ialah menarik balik semula kad pengenalan yang diberikan secara haram dan suruhanjaya mendapati cadangan ini mempunyai merit tersendiri tetapi timbul kesukaran dalam mekanisme untuk mengenal pasti dan mengesan kad pengenalan.

Katanya cadangan kedua ialah memperkenalkan 'Kad Pengenalan Sabah' kepada penduduk Sabah Asli, bagaimanapun suruhanjaya mendapati tiada sebarang mekanisme pelaksanaan dikemukakan oleh mana-mana saksi.

Cadangan ketiga iaitu penubuhan suatu jawatankuasa tetap mengenai pendatang asing di Sabah dan didukung oleh sebuah jawatankuasa pengurusan, kata Ali.

RCI ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Tan Sri Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk K.Y Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Suruhanjaya itu antara lain diberikan kuasa menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.

RCI menamatkan prosiding siasatan mereka pada 20 September tahun lepas dengan memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama, 3 Disember, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.