Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kemunculan
sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang
tertulis Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister (Sokong Chow Kon
Yeow sebagai Ketua Menteri seterusnya).
Kon Yeow yang merupakan Exco Pulau Pinang telah mengesahkan kemunculan
kain rentang itu tetapi menyatakan bahawa bahan tersebut telah
diturunkan.
Ketika dihubungi China Press, Kon Yeow menyatakan bahawa dirinya tidak
mengetahui bagaimana kain-kain rentang tersebut boleh muncul di Pulau
Pinang.
Tinjauan Malaysia Gazette di laman Facebook Kon Yeow mendapati banyak
orang telah meninggalkan komen mengenai misteri kain-kain rentang
tersebut.
Sesetengah orang berpendapat ia merupakan tindakan sabatoj, ada yang
mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan sementara tidak kurang juga
menyatakan sokongan supaya Kon Yeow menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Selain itu, ada pula yang menyatakan tidak kisah sama ada Lim Guan Eng atau Kon Yeow yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kon Yeow merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan hubungannya dengan
Guan Eng sering menjadi buah mulut penduduk negeri tersebut. ~malaysia
gazzette
KedahLanie |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.