Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa naskhah Al-Quran di bakar orang Cina di Alor Setar.
Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa naskhah Al-Quran di bakar orang Cina di Alor Setar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menjelaskan mengapa beliau tidak menunaikan janji memastikan siasatan oleh pihak polis dalam tempoh 24 jam ke atas kenyataan hasutan, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?
"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif."
Lim berkata sudah lebih seminggu laporan dibuat terhadap Mashitah oleh Ahli Parlimen DAP Teo Nie Chong dan Kasthuri Patto serta setiausaha politiknya, Dyana Sofya Mohd Daud, atas kenyataan Mashitah dalam ucapannya itu.lalu.
Lim berkata semalam satu lawatan ke medan selera Taman Anggerik di Alor Setar dilakukan bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bagi mengadakan pertemuan bersama peniaga di kawasan itu.
Katanya, hasil pertemuan itu mendapati kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 24 November bahawa insiden pada 20 November di kawasan itu melibatkan seorang lelaki Melayu tidak siuman mengoyak-ngoyakkan Al-Quran disokong dan pesakit itu kini dirawat di wad psikiatrik.
“Perbualan kami bersama pemilik gerai dan orang ramai di tempat tersebut, disahkan bahawa Mashitah benar-benar bersalah kerana mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan mengada-adakan penipuan yang begitu berbahaya dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.
Lim berkata sekiranya Zahid tidak senang hati dengan kenyataan Mukhriz, naib presiden Umno itu dicadangkan membuat lawatan ke medan selera berkenaan.
Katanya, apa yang memeranjatkan ialah sikap membisu dan tidak bertindak para pemimpin Umno menunjukkan bahawa mereka bersedia bersekongkol dengan kesalahan Mashitah itu.
“Amat mengejutkan bahawa seorang bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab menyebarkan ucapan kebencian sedemikian demi membangkitkan rasa tidak senang antara kaum dan agama, rasa tegang dan konflik.
“Mashitah tetap tidak bersedia menarik balik penipuannya dan meminta maaf secara terbuka di atas ucapannya yang begitu tidak bertanggungjawab,” katanya.
Lim berkata Mashitah bukanlah satu-satunya perwakilan Umno yang bersalah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan niat membangkitkan ketakutan tetapi perwakilan Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said juga melakukan perkara sama.
“Zaidi juga adalah seorang lagi yang secara serius menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini dengan ucapan kononnya kejayaan Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti haram dan jenayah secara terbuka yang dilakukan oleh orang Cina di negeri tersebut,” katanya. – 5 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.