Followers

Saturday, December 6, 2014

Anwar anggap laporan RCI Sabah sebagai satu sandiwara

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t31.0-8/10842270_314711562049441_3853489525919185394_o.jpg Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar laporan RCI kerana tidak menghukum dalang di sebalik masalah pendatang haram di Sabah. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar laporan RCI kerana tidak menghukum dalang di sebalik masalah pendatang haram di Sabah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sebagai "kata-kata kosong untuk membebaskan Putrajaya".

Ketua Umum PKR itu berkata, tanggungjawab melibatkan skandal pendatang haram terbesar di Malaysia terletak di bahu kakitangan awam.

"Perancang dan dalang sebenar yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang haram daripada Indonesia dan Filipina ke Sabah dibiarkan terlepas daripada hukuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, tempoh pendengaran RCI yang terlalu lama pada mulanya menjanjikan keadilan dan hukuman setimpal terhadap rakyat Sabah dan rakyat keseluruhannya.

Malangnya, menurut Anwar hasil laporan setebal 366 muka surat itu mengandungi maklumat tidak bermakna yang hanya membebaskan Putrajaya daripada sebarang kesalahan.

Anwar mempersoalkan kegagalan laporan RCI menyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri, mengatakan walaupun ada bukti kukuh, kesalahan itu tidak pula diletakkan atas beban jabatan lain. – 5 Disember, 2014.


themalaysianinsider.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.