Pembongkaran Yang Terungkap [ARTIKEL WAJIB BACA!] hijabulcrewz Konspirasi New World Order ke atas negara-negara di seluruh dunia?
Apa yang dimaksudkan dengan golongan Mutasahilun dan Mutasyaddidun? Kisah Sister in Islam yang belum pernah diceritakan?
Adakah bumi nusantara dan bangsa Melayu adalah pencetus kebangkitan Islam akhir zaman? MH370 dan MH17 adalah kemalangan "terancang"? Ketakutan Amerika Syarikat kepada PAS yang disembunyikan?
Lee Kuan Yew berjumpa dengan TGHH? Isu DAP Sarawak yang keluar PR? Isu PASMA? Dan banyak lagi akan didedahkan dalam artikel ini. Jom selami pemikiran dan sudut pandang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Artikel ini saya kelaskan dalam kategori, ARTIKEL WAJIB BACA! USRAH ANAK BERANAK BERSAMA AYAH CHIK Asal perancangannya kami jemput Dato Husain Awang sebagai naqib usrah gabungan guru MDQ kali ini.
Selain dari Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, beliau juga pemangku jawatan-jawatan arwah Ustaz Harun Taib di Terengganu termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah MDQ.
Malangnya Dato Husain tidak dapat bersama kami. Usrah terpaksa ditangguh kerana kami tak dapat mencari pengganti. Kecewa sungguh usrah kali ini dibatalkan.
Kami benar-benar ketandusan sentuhan tarbiah setelah pelbagai isu-isu mencabar akidah yang timbul mutakhir ini.
Tidak cukup sekadar pencerahan minda menerusi wacana dan ceramah sahaja. Kami juga perlukan kekuatan ukhuwwah dan aura rohani dari mereka.
Usrah yang diasaskan oleh Imam AlBanna sangat berkesan bagi abnaul harakah mengecas kembali tenaga spiritual mereka di samping merasai kemanisan iman kepadaNya. "Susah-susah sangat test jemput Ayah Chik la."
Kata seorang sahabat semasa kami bersembang mengenai usrah di bilik guru.
Saya ketawa kecil. Takkan nak jemput Timbalan Ketua Ulama Dunia baru hari ini untuk usrah esok.
Sudah tentu komitmennya terlalu padat. Tambah pula dalam pengetahuanku beliau masih berada di KL untuk perbahasan Bajet 2015.
Usai solat Isyak saya terserempak dengan Yusof, anak Ayah Chik. Untuk buat modal bersembang, saya saja bertanya adakah Ayah Chik ada di rumah atau tidak.
"Ada, baru balik maghrib tadi." Jawab Yusof. Wow! Ini sudah bagus. Terus saya sampaikan hasrat jabatan tarbiah untuk berusrah dengannya walaupun sebenarnya saya tidak menaruh harapan yang tinggi kerana peluang mendapatkannya amat tipis.
Biasanya untuk urusan sebegitu perlu melalui PA khas sekurang-kurangnya awal sebulan. Lewat 11 malam baru dapat jawapan. Ayah Chik setuju berjumpa kami. Alangkah gembiranya hati.
Memang saya tidak pernah dapat kesempatan sebegini lagi sejak Ramadhan lepas. Esoknya saya terus maklumkan pada pihak atasan MDQ untuk menyusun perjalanan berikutnya.
Ayah Chik datang tepat jam 11 seperti yang dijanjikan. Beliau memang terkenal dengan ketepatan masanya. Kami pernah dimarahi beliau sewaktu di Syria dulu, kerana lewat membawanya berjumpa dengan wakil Hamas seperti yang mereka janjikan.
Selepas aluan dari Mudir, Ayah Chik terus memulakan perkongsiannya dengan bacaan ayat 217 dari surah alBaqarah: - وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا Dan musuh-musuh Islam itu sentiasa memerangi kamu sehinggalah mereka berjaya memalingkan kamu dari agamamu jika mereka mampu.
Ayah Chik menegaskan bahawa pertembungan umat Islam dengan musuh akan berlaku sampai hari kiamat. Islam tidak akan sunyi dari pembenci dan pendengki.
Matlamat utama kumpulan musuh adalah untuk memalingkan umat Islam dari ajaran Islam itu sendiri kerana kekuatan Islam adalah terletak pada ajarannya, bukan pada ramainya umat Islam atau kayanya negara Islam.
"Maka antara sasaran utama musuh Islam adalah pusat-pusat pengajian Islam yang menjadi sumber ajaran Islam.
Mereka mengatur berbagai strategi untuk melemahkan pendidikan Islam." Ujar Ayah Chik penuh khusyuk. Antara pusat pendidikan utama Islam adalah Universiti al-Azhar di Mesir yang ditubuhkan sejak zaman Abbasiyah.
Waktu itu Mesir dikuasai oleh kumpulan Fatimiyyah. Graduannya dari serata dunia menjadi pemimpin kebangkitan Islam di negara masing-masing. Sudah semestinya perkara ini amat dikhuatiri musuh.
"Dengan menggunakan kuasa politik, al-Azhar cuba dimandulkan. Bermula tahun 50an silibus al Azhar mula diubah. Dimasukkan subjek perkauman arab dan dibuang beberapa cabang Ilmu Islam.
Peperiksaan al-Azhar turut dikacau. Pelajar diluluskan seramai yang mungkin sehingga yang tidak jawab apa-apa pun boleh lulus. Tujuannya supaya kualiti graduan dipandang rendah oleh masyarakat.
Pensyarahnya pula dilantik dari berbagai latarbelakang dan pemikiran termasuk orientalis. Syeikhul Azhar juga dipilih oleh kerajaan, yang sebelum itu dipilih oleh pihak Azhar sendiri." Tambahnya lagi.
"Tuan Guru Nik Aziz pernah bercerita pada saya, sewaktu beliau menuntut di al-Azhar dahulu, ada seorang syeikh yang mengajar ilmu tasauf bermula sebelum waktu Asar sehingga masuk waktu maghrib. Mereka langsung tidak berhenti solat Asar!"
Cerita Ayah Chik diselangi dengan ketawa kecil. Begitu juga di Mekah dan Madinah.
Sejak zaman sahabat dahulu lagi kedua bumi ini terkenal dengan serambi ilmu. Setiap sudut masjid dipenuhi pengajian ilmu.
"Halaqah-halaqah agama wujud di setiap tiang masjid. Ulama dari pelbagai kepakaran dan bangsa mencurah mutiara yang tak ternilai harganya. Universiti tak rasmi itu telah melahirkan tidak terkira ramainya pendakwah serata dunia."
Katanya. Kami hanya mendengar dan mengangguk. Saya teringat Ayah Chik pernah cerita dia sendiri diberi peluang oleh mufti Saudi, Abdul Aziz bin Baz untuk mengajar di Masjid Nabawi.
Waktu itu zaman Raja Faisal. Namun setelah Raja Faisal dibunuh, barat mula campur tangan pentadbiran Saudi. Halaqah agama dimatikan.
Ramai khatib dan imam yang digam. Khutbah diarahkan mengikut teks yang disediakan sahaja selepas di periksa oleh barua barat. Tidak sedikit khatib yang dipecat kerana tidak mahu tunduk kepada sekatan tersebut.
"Dr Hassan Al-Touhami, bekas Setiausaha Agung OIC pernah mendedahkan perkara ini dalam sebuah persidangan.
Beliau merujuk kepada kertas kerja dari PM Israel yang bocor tentang projek menghapuskan pendidikan Islam ini." Terang Ayah Chik.
Nampak gayanya beliau sudah mula bercerita soal politik antarabangsa, yang sememangnya menjadi kepakarannya.
Projek ini sebenarnya adalah ranting kepada sebuah grand design yang diisytiharkan oleh George Bush, bekas Presiden Amerika yang dikenali sebagai New World Order (NWO).
"NWO ialah rancangan menyatukan dunia dengan sebuah tamadun sahaja menerusi tamadun barat.
Mereka menggerakkan idea globalisasi atas nama langkah kemajuan di negara-negara lain termasuk negara umat Islam."
Tiada lagi tamadun china, tamadun India, parsi, Islam dan sebagainya. Matamatnya adalah satu; menguasai dunia!
"Kerana itulah kita melihat hari ini ideologi kiri sudahpun hancur termasuk di negara bekas komunis sendiri.
Rusia, Vietnam dan China telah mengamalkan konsep ekonomi terbuka bawaan barat walaupun mereka masih menyatakan pegangan terhadap ideologi sosialis."
"Namun setelah lama menjalankan agenda tersebut ke atas umat Islam, mereka mengakui bahawa ajaran Islam sangat kuat. Ia gagal dilenyapkan.
Apa yang boleh dilakukan hanya sekadar mengganggu kemaraan Islam. Lalu mereka mengambil langkah menggunakan kelemahan Islam melalui dua golongan; Mutasahilun dan Mutasyaddidun."
Muka Ayah Chik semakin serius. Mutasahilun ialah golongan yang bermudah-mudah dengan ajaran Islam.
Kelemahan itu menyebabkan mereka mula diresapi ideologi songsang tentang Islam seperti Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan sebagainya.
Mereka golongan umat Islam yang hanya menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah dan diterima akal manakala sebahagian lain dipinggirkan.
Mutasyaddidun pula golongan yang ekstrim. Mereka terlalu sayangkan Islam tetapi tidak faham Islam.
Kejahilan mereka terus dipergunakan untuk memberi rupa buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka diajar jihad tanpa feqh.
Mereka golongan gelojoh untuk memartabatkan Islam. "Menang hari ini, esok terus nak jalankan hudud. Kalau ada orang mencuri, mereka akan tangkap sendiri dan terus potong tangan tanpa mengikut syarat-syarat dan prosedur sepatutnya."
Jelas Ayah Chik. Kedua golongan ini dibiayai secara halus oleh barat. Mungkin mereka sendiri tidak sedar siapa yang biaya mereka.
Barat amat perlukan kedua kumpulan ini supaya Islam yang tulen tenggelam. Pertembungan Islam sesama Islam akan terus berlaku jika umat Islam masih tidak menyedari perkara ini. Disinilah pentingnya ajaran Islam dipelajari mengikut manhajnya yang sebenar.
Ayah Chik membacakan sepotong Firman Ilahi: فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين Perlu ada satu kumpulan dari kalangan umat Islam yang keluar memahami agama. Allah sebut lafaz tafaqquh, dengan maksud faham bukan sekadar taallum iaitu belajar.
Bukan semua orang belajar itu faham. Disamping itu Islam juga mengajar bahawa setiap yang baik itu adalah milik umat Islam.
"Sabda Rasulullah SAW: الحكمة ضالة المؤمن حيثما وجدها فهو أحق بها Kebijaksanaan itu adalah milik umat Islam. Di mana saja dia menjumpainya maka dialah yang lebih berhak untuk mengambilnya. Justeru itu umat Islam tidak perlu bercukup dengan ilmu wahyu.
Mana-mana ilmu yang memberi manfaat walaupun untuk dunia sahaja perlu didalami sebaiknya.
Malangnya manusia ini dijadikan tuhan tidak mampu mempelajari semua ilmu sekaligus.
Dari sinilah diperkenalkan ilmu secara kolektif. Setiap orang mendalami bidang-bidang tertentu dan mereka sentiasa berkumpul melontarkan kepakaran masing-masing seperti kumpulan usrah dan sebagainya.
Namun begitu ilmu teras kepada semua perlu dimiliki oleh setiap orang Islam iaitu ilmu Fardu Ain. Tidak kira dibidang manapun mereka ceburi, mereka perlu tahu asas berkait ilmu agama dari aspek akidah, feqah dan akhlak."
"PAS menyedari sejak lama usaha jahat menggagalkan pendidikan Islam ini. Kerana itulah ulama kita banyak menubuhkan institusi-institusi pendidikan baru di Malaysia sekembalinya dari Timur Tengah. Kebanyakan pad awalnya menggunakan manhaj asal al-Azhar seperti MDQ, KUDQI dan KIDU.
Selain itu PAS mengambil pendekatan membenarkan orangnya masuk ke dalam sektor kerajaan bagi mengawal sistem pendidikan Islam agar tidak terjejas teruk."
Katanya lagi. Tidak dinafikan Malaysia juga menerima tempias globalisasi dalam dunia pendidikan.
Mujurlah langkah yang diambil itu sedikit sebanyak berjaya menjaga keaslian Islam jika dibandingkan di negara-negara Islam lain. Institusi pendidikan PAS turut diganggu oleh musuh.
Penghantaran pelajar ke Timur Tengah disekat terutama di Al-Azhar melalui hubungan G2G. Sijilnya tidak diiktiraf oleh kerajaan tempatan.
"Oleh kerana itulah, perjuangan di medan ilmu juga mereka salah satu cabang jihad Fisabilillah yang penting bagi Islam."
Tegas Ayah Chik mengakhiri penjelasannya. Kami warga pendidik lega mendengarkannya. Walaupun canarannya besar, perkongsiannya telah menyuntik semangat untuk kami terus berbakti di medan yang mulia ini. Tiba sesi soal jawab pula.
Saya beri peluang dahulu orang lain untuk bertanya. Tangan saya tekun mencatat pelbagai fakta spontan yang Ayah Chik kemukakan. Ulama itu terlalu sarat dengan mutiara yang tak mampu saya kutip semuanya.
Nama dan tahun diingatinya satu persatu persis sebuah ensiklopedia. Lima soalan pertama dikumpul berkait dengan SIS, PasMa, sejarah MDQ, masa depan Islam di Asia dan cabaran Islam di Sarawak.
Saya perhatikan Ayah Chik mencatat soalan dan point jawapan yang agak banyak. "Semangat Ayah Chik kali ni." Getus hati saya.
Biasanya dalam program separa rasmi sebegini beliau hanya dengar dan jawab spontan. Tapi kali ini tekun menulis. Panjang pula tu. Tentu jawapannya juga panjang. Agakan saya tepat. Sesi soal jawab lebih panjang dari sesi pertama.
Benar-benar menghilangkan dahaga kejahilan kami selama ini. Untuk artikel penuh di:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/2014/11/untold-stories-dari-mulut-tghh-sendiri.html -
tranungkite-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.